Tuesday, November 16, 2010

PANDUAN SOLAT AIDIL ADHA 2

Pengenalan
Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut)

Panduan ringkas:

(1) Takbiratul ihram /Niat solat:

Lafaz niat. "Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" (untuk solat seorang diri).

"Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).

"Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" (jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.

(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.


(4) Membaca fatihah dan surah al-Akla.

(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.

(6) Iktidal dan berdiri betul (rakaat kedua) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca fatihah dan surah al-Ghasyiyah.

(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir dan doa,

(11) Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)


Peringatan:

Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah) sehinggalah selepas solat Asar (13hb. Zulhijjah). Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. (tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

Panduan Solat Aidil Adha

Buat anakandaku....


Adab-adab solat hari raya

Pakaian - disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3 )

Makan
- Sebelum berangkat solat Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6 )

Mendengungkan takbir -  Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ). (Dalil: 12)

Yang menghadiri solat Aidil Adha - disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki dan wanita, manakala Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah Aidil Adha. (Dalil: 4 )

Tempat solat Aidil Adha - lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat , kecuali  hujan maka solat diadakan di masjid.  (Dalil: 1 dan 8 )

Cara solat Aidil Adha - dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7 )

Pada rakaat pertama
i        setelah takbiratul ihraam
ii       membaca Al-Fatihah,
iii      ditambah 7 kali takbir.
di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a'la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa'ah / surat ke 54 )                                                                                                                 
Pada raka'at yang kedua
i      sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali. (Dalil: 13 )
ii     Setelah membaca Fatihah
disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul majid/surat ke 50 ).(Dalil : 15)


Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.Khutbah hari raya ini tidak diselingi duduk. (Dalil: 1 dan 2 )

Friday, November 5, 2010

CONTOH KERTAS KERJA

Sekarang, disebabkan NKRA dan KPI..setiap program perlu kertas kerja, post mortem dan laporan impak. Moga apa yang saya lampirkan disini dapt digunapakai untuk masa akan datang.
KERTAS CADANGAN

PEROLEHAN PERKAKASAN KOMPUTER RIBA, LCD, SKRIN  DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN BAGI KEGUNAAN KHUTBAH MULTIMEDIA DI SEMUA MASJID KERAJAAN DAN TERPILIH NEGERI TERENGGANU


1   TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri bagi perolehan perkakasan komputer Riba, LCD, Skrin dan Peralatan yang berkaitan bagi kegunaan khutbah multimedia di semua Masjid Kerajaan dan Terpilih Negeri Terengganu bagi Tahun 2006. Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM 1,580,280.00 termasuk kursus dan bengkel yang berkaitan pengendalian dan penggunaan Khutbah multimedia.


2.         LATARBELAKANG  .          

2.1.        Mendengar khutbah adalah kemestian dan syarat sah serta kemuncak kepada solat Jumaat. Sekiranya jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan baik, bercakap-cakap atau bergurau, dia tidak dapat menerima apa yang disampaikan oleh khatib. Lebih malang lagi, solat Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak sempurna, langsung tidak mendapat pahala.

2.2.        Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengorak langkah kedepan dengan menyediakan paparan isi teks khutbah dalam bentuk multimedia yang pertama di Malaysia. Teknik baru ini bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat dan multimedia. Justeru itu gabungan dua elemen media pendengaran ( Teks khutbah dibaca oleh khatib) dan elemen visual ( paparan slide ) menjadikan penyampaian khutbah menjadi lebih efisen dan dapat menarik perhatian jemaah untuk menghayati khutbah.

2.3.        Secara tradisional penyampaian khutbah hanya cukup sekadar menerangkannya secara lisan, masyarakat kini perlu didedahkan dengan minda teknologi. Islam sendiri mementingkan pembaharuan atau pemodenan tanpa mengetepikan tuntutan dan landasan agama. Penyampaian khutbah Jumaat melalui evolusi  baru ini akan dapat menambah rencah bagi menarik minat jemaah. Pendekatan khutbah multimedia adalah sebahagian usaha pentadbiran Agama Negeri melaksanakan konsep Islam Hadhari, Terengganu Bestari.

3.         OBJEKTIF

            3.1.      Melaksanakan pengurusan pentadbiran masjid yang lebih kemas dan efisien.
            3.2.      Menambahkan lagi kemahiran dalam bidang penggunaan komputer.
            3.3.      Meluaskan peranan Masjid melalui penggunaan system yang sistematik.
3.4.      Meningkatkan mutu perkhidmatan masjid dan ia bakal menaikkan imej masjid menjadi satu institusi yang lebih disegani.
3.5       Mendedahkan masyarakat kepada minda teknolgi.

 4.         JUSTIFIKASI CADANGAN PEROLEHAN PERKAKASAN

4.1.        Khutbah multimedia disampaikan oleh khatib bertugas dan seorang petugas mengendalikan komputer Riba.
4.2.        Paparan Slaid dihasilkan menggunakan program Powerpoint.
4.3.        Slaid dipancar ke layar menggunakan LCD dan Skrin pada dinding.
4.4.        TV Plasma digunakan untuk kemudahan ahli Jumaat di Saf hadapan.


5.         CADANGAN PEROLEHAN DAN ANGGARAN PERUNTUKAN

5.1.        Bagi memperlengkapkan Program Khutbah Multimedia di semua Masjid Kerajaan dan Masjid Terpilih bagi perolehan perkakasan Komputer tahun 2006 adalah seperti berikut :-


BIL
PERKAKASAN
BILANGAN UNIT
ANGGARAN HARGA SEUNIT (RM)
ANGGARAN KOS (RM)
1
Komputer riba
52
3,800.00
197.600.00
2
LCD Projektor
104
9,700.00
1,008,800.00
3
Plasma TV 42”
3
14,000.00
42,000.00
4
Layar
104
1,600.00
166,400.00
5
Cable
104
600.00
62,400.00
6
Braket
104
800.00
83,200.00

JUMLAH


1,560,400.00


5.2.      Peruntukan ini dicadangkan disalurkan melalui peruntukan Kerajaan Negeri.


6.            KURSUS DAN BENGKEL

Memandangkan program khutbah multimedia akan melibatkan sebilangan besar pegawai dan kakitangan masjid yang terpilih, maka keperluan kursus penghasilan teks khutbah multimedia dan bengkel pengendalian peralatan perlu dibuat bagi membolehkan mereka mahir dalam mengendalikan peralatan tersebut dengan baik.

Adalah dicadangkan kursus dan bengkel tersebut akan dilaksanakan mengikut daerah masing-masing. Bagi permulaan, tahun 2006 dicadangkan sebanyak 13 siri bengkel akan dilaksanakan bagi tujuh daerah.

 
6.1          Implikasi Kewangan
           
6.1.1    Perkakasan                                                          =  RM 1,560,400.00

6.1.2    Bengkel Penggunaan peralatan

Penceramah   :RM120.00 x 6 jam x 13 siri                        =  RM 9,360.00
Fasilitator         :RM  80.00 x 6 jam x 13 siri                      =  RM 6,240.00
Makan/Minum :RM15.00 x 20 orang x 1hari x 13 siri    =  RM 3,900.00
Urusetia           :RM30.00 x   1 orang x 1 hari x13 siri     =  RM   380.00
                                               
                                                                        Jumlah      =  RM 19,880.00

      Jumlah Besar                 

KOS PERKAKASAN + KOS BENGKEL                            = RM 1,580,280.00



7.         JAWATANKUASA KURSUS/BENGKEL

1.         KPP Pentadbiran dan Kewangan
2.         KPP Dakwah
3.         PP Pembangunan
4.         Pegawai ICT JHEAT
5.         Pegawai Agama Daerah

8.         PENUTUP

Memandangkan kepada perkembangan dan pengetahuan di zaman yang serba maju ini, peralatan yang canggih amat diperlukan bagi melakukan sesuatu kerja/pengurusan sama ada dalam mengurus dan mendapat maklumat secara elektronik. Adalah diharapkan pentadbiran dan perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu akan lebih cekap dan produktif demi memartabatkan agensi-agensi yang berkaitan dengan agama. Di samping menonjolkan kecekapan, ia juga dapat menunjukkan kepada umum bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk mengejar kemajuan dan teknologi tetapi semestinya dengan cara dan pendekatan secara Islam. Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu memohon peruntukan sebanyak RM 1,580,280.00 ( Satu Juta Lima Ratus Lapan Puluh Ribu Dua Ratus Lapan Puluh ) bagi membeli dan melengkapkan peralatan komputer Riba LCD, Skrin dan peralatan yang berkaitan dengannya bagi Khutbah Multimedia.



LAMPIRAN








 Terima kasih pada  laman sesawang ini....






Wednesday, November 3, 2010

Fenomena-fenomena TEORI HANYA TINGGAL TEORI yang wujud dalam proses pengurusan dan pentadbiran di sekolah

1.0     PENGENALAN

Blau dan Scot (1962) berpendapat sebagai sebuah organisasi pendidikan, sekolah merupakan sistem sosial yang amat peka dengan hasrat dan cita-cita masyarakat. Senario pengurusan sekolah telah banyak berubah kebelakangan ini. Segala perubahan dan pembaharuan yang dirancang dan dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan sekolah. Ini adalah sebagai cabaran dalam pendidikan bagi mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagai asas kepada insan kamil.

          Pengurusan merupakan satu proses sosial. Telah banyak percubaan untuk menganalisis elemen-elemen proses pengurusan ini dan didapati banyak perubahan dan perbezaan di antara pakar dengan pakar lain. Oleh itu, kesepakatan telah diwujudkan oleh UNESCO di dalam menentukan elemen-elemen pengurusan yang dianggap sesuai. Antara elemen-elemen pengurusan ialah Perancangan, Penyusunan, Kepimpinan, Kawalan. Elemen-elemen pengurusan akan berlaku dengan lebih cekap dan efektif apabila sumber-sumber di dalam pengurusan seperti tenaga manusia, kewangan, bahan mentah dan teknologi dapat disediakan dalam melaksanakan matlamat organisasi .

          Untuk itu sistem pengurusan sekolah perlu dijalankan sebaik mungkin bagi memastikan segala aset yang ada di sekolah seperti guru, pelajar, pusat sumber, PIBG dan masyarakat dapat mencapai matlamat kecemerlangan melalui pengurusan dan strategi-strategi yang sesuai. Ini secara tidak langsung menjadi faktor kepada pengwujudan pengurusan yang berkesan dan seterusnya membentuk sekolah yang berkesan.

1.1     SISTEM  PENGURUSAN SEKOLAH

Sistem pengurusan ialah siri prosedur, kawalan, sikap dan budaya sesebuah agensi yang dapat menjamin secara berterusan setiap produk sama ada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan menepati ataupun melebihi mutu yang digariskan. Melalui sistem ini setiap individu mestilah memahami apa yang diharapkan, bagaimana untuk mencapainya di samping memilih yang mencukupi untuk mencapainya. (Omardin Ashaari, 2002)

          Secara khususnya, fungsi utama pengurusan sekolah ialah untuk menguruskan polisi kualiti, pembelajaran, manusia dan sumber. Kefahaman tentang tujuan pengurusan dalam konteks sekolah merupakan satu asas penting.

1
Sekarang, secara amnya, pemimpin sekolah mengembangkan penyataan visi dan misi (matlamat dan objektif sekolah) yang mengenal pasti tujuan dan hala tujuan sekolah itu. Spinks (1990) mengenalpasti pengurangan bidang kuasa dan penyeliaan prosedur sekolah telah menekankan keberkesanan persekolahan dan dengan itu menentukan kejayaan dan kegagalan sekolah.

          Dalam usaha mencapai dasar dan wawasan pendidikan, sesebuah sekolah perlu mengatur dan mengawal faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti perkhidmatannya seperti pentadbiran dan kemanusiaan. Kawalan ini perlu berorientasikan pengurangan, pembasmian dan pencegahan kecacatan yang akan wujud iaitu ’zero defect’.

          Dalam proses pengurusan, sesebuah organisasi akan mengagih-agihkan input sumber tenaga manusia dan peralatan. Pengagihan ini dilakukan melalui aktiviti perancangan yang teliti, kawalan dan penilaian untuk tujuan mengeluarkan hasil. Secara umumnya pengurusan merupakan suatu usaha untuk mencapai produk yang berkualiti tinggi.  Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan penting dalam mengubah kehidupan masyarakat.


2
          Sekolah juga memainkan peranan untuk mengubah minda dan sekolah juga merupakan penunjuk arah kepada budaya dan pembangunan sahsiah sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika isu pendidikan tetap menjadi buah mulut masyarakat, walau apa bentuk dan taraf sesuatu masyarkat itu berbeza. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang efektif.

          Jika sistem dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya yang tidak cekap, maka cita-cita negara dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) hanya tinggal hiasan di pejabat atau di bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata. Oleh yang demikian demi merealisasikan wawasan pendidikan negara, setiap pihak perlulah memikul tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan ikhlas. Terutama sekali sebagai seorang pengetua yang bertanggung jawab untuk memastikan sistem pengurusan di sekolahnya berjalan dengan lancar tanpa ada cacat celanya.



3
1.2     SISTEM PENTADBIRAN SEKOLAH

Pentadbiran merupakan komponen terpenting bagi menjayakan sesebuah sekolah selain daripada teknik pengajaran-pembelajaran yang berkesan ialah stail dan strategi pengurusan yang dinamik, cekap dan efisyen supaya tercapai matlamat sekolah. (Kamaruddin Hj Kachar, 1999). Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) adalah satu dokumen yang menyatakan pengurusan kualiti yang perlu ada pada setiap sekolah swasta di Malaysia. Dalam SKIPS terdapat enam elemen yang dilihat iaitu pengurusan dan pentadbiran umum, pengurusan kurikulum, pengurusan penilaian peperiksaan, pengurusan kesihatan dan keselamatan sekolah, pengurusan disiplin dan pengurusan ko-kurikulum

          Pendidikan yang kita perlu fahami adalah proses membentuk hati, jiwa , akal dan peribadi. Matlamatnya adalah untuk mengihsankan qalbu insan, memperkembangkan mindanya. Memuliakan akhlaknya dan tahan lasak jasadnya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantapkan kemahirannya. Pendedahan dan segala potensi yang sedia ada mengikut minat sehingga menjadikannya insan yang paling bermanfaat kepada agama , negara dan ummat sejagat.


4
2.0     PERBINCANGAN

Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolalaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan ( Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995 ). Justeru itu, dengan pelaksanaan berbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.

          Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru pada dewasa ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang menarik. Malah tidak menafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga ( Abdul Shukor, 1996 ). Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan agak pasti suasana pengajaran-pembelanjaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan.

5
          Fenomena guru mengambil keputusan bersara awal sering dikaitkan dengan perubahan kurikulum baru dalam sisitem pendidikan Malaysia . Perubahan itu dikatakan menyebabkan senarai tugas guru semakin panjang dan harapan terhadap guru semakin tinggi, sedangkan keadaan lain tidak banyak berubah ( Amla Mohd Salleh, 1994 ). Guru sendiri dan persekitaran proses pembelajaran itu tidak disediakan dengan sempurna bagi menghadapi perubahan. Dengan itu, guru berasa amat kecewa kerana tak mampu menangani tugas dan harapan yang sudah berubah.

          Individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam keadaan tertekan ( Smith, 1993; Girdano et al, 1993 ). Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya, apa lagi sifat kasih sayang. Terdapat kajian-kajian (Fejgin et al,1995; Pastore &Judd,1992) membuktikan sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan , sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum masa kerana dikatakan tertekan.


6
          Pada masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula mengorak Iangkah ke arah melaksanakan sistem pengurusan sekolah secara bebas tanpa kawalan dari Jabatan Pendidikan Negeri bagi rneningkatkan kualiti pentadbiran pendidikan. Aspek yang dimaksudkan ialah kewangan, pembelian dan aspek~aspek pengurusan yang lain ditadbirkan dengan cara yang sama. Menurut Tan Sri Musa Mohamad, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, tidak terdapat perbezaan yang mendasarkan dalam sistem pentadbiran di sekolah-sekolah kerana semua pengurusan sekolah dilaksanakan mengikut cara pentadbiran yang dikawal oleh Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pejabat Pendidikan Daerah ( Utusan Malaysia, 14 Februari 2000). Petanda ini sudah menjadi titik mula bahawa akan berlaku perubahan dari pengurusan berpusat kepada desentralisasi serta corak hiraki-birokrasi kepada pengupayaan ( empowerment).

          Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang mernainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi. Menurut James R Houghton, Pengerusi Coning, mengatakan bahawa zaman hirarki di dalam pentadbiran organisasi sudah berlalu ( Steward, 1996). Melalui pendekatan desentralisasi, pengupayaan merupakan kunci utama bagi menarik semua kakitangan melibatkan diri di dalam aktiviti organisasi ( Stan Shin


7
dalam Khoo Kheng Hor, 1997 ). Umumnya, melibatkan diri dalam amalan pengupayaan bukanlah bermaksud fiada kawalan atau seseorang itu bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka, tetapi masih tertakluk kepada peraturan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan.

          Malangnya konsep kuasa yang diberi melalui amalan pengupayaan sering disalah tanggap. Ini bermaksud, melalui pengupayaan akan menyebabkan hilang kuasa untuk mengawal (empowerment means no control,- control means no empowerment). Sepatutnya, kuasa dan pengupayaan disatukan menjadi elemen “Control and Empowerment” sebagai satu entiti, dan bukan terasing. Kesimpulannya, walaupun pengupaya mempunyai kuasa, ia masih lagi tertakluk kepada garis panduan dan peraturan tetap atau posedur pekerjaan.

          Dalam konteks pendidikan pula, pengupayaan guru bererti penglibatan mereka dalam membuat keputusan dalam aktiviti organisasi (Keith & Girling, 1991). Pada asasnya, pengupayaan dirumuskan sebagai proses sekolah memberi ruang untuk membangunkan kecekapan guru untuk bertanggungjawab terhadap kemajuan diri dan menyelesaikan masalah mereka sendiri. Dengan mi, guru kanan yang diupayakan itu memperolehi kemahiran dan ilrnu pengetahuan serta mampu bertindak berdasarkan situasi untuk melakukan proses penambahbaikan.

8
Faktor ini menyumbang ke arah pembentukan peluang guru untuk memperlihatkan kecekapannya ( Short, 1994).

          Menurut Short & Greer (1997 ), Rinehart meuggariskan enam dimensi yang terkandung di dalam pengupayaan guru Membuat keputusan, Pengembangan Profesioanal, Status, Kecekapan penbadi, Autonomi dan Impak. Dalam amalan harian, pengupayaan telah lama digunakan di dalam pengurusan sekolah yang melibatkan guru-guru dan kakitangan. Perlaksanaan pengupayaan ini merangkumi bidang kurikulum, ko-kurikulum, pentadbiran, perkhidmatan dan
perjawatan, kewangan, harta benda dan kawasan, perhubungan serta iklim dan budaya sekolah. (Hussein, 1997 )

          Ken Blanchard et al (1996 ) pula menerangkan pelaksanaan penupayaan
merupakan proses yang berterusan dan melibatkan tiga kunci utama iaitu perkongsian maklumat dengan kakitangan, mencipta autonomi dalam sempadan dan menggantikan sistem hirarki tradisional kepada pasukan terarah sendiri. Apa yang diharapkan ialah dengan adanya perkongsian maklumat ini akan muncul perasaan saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Pengkongsian maklumat bermakna pemimpin memberi kefahaman kepada kakitangan mengenai keadaan semasa organisasi dengan jelas dan mantap.

9
          Pada masa ini adakah fenomena ini wujud di sektor sekolah dan dapat dijalankan oleh guru pada peringkat pengurus pertengahan. Justeru itu, menurut pemikiran hirarki tradisional , pengetua yang menetapkan matlamat organisasi dan kemudian diturunkan ke peringkat bawahan. Ini bermakna guru di peringkat pengurus pertengahan tidak terlibat dalam membina matlamat tersebut. Mereka tidak mempunyai komitmen kerana mereka tidak terlibat langsung dalam proses membina matlamat itu. Sebaliknya di dalam organisasi yang melaksanakan pengupayaan, matlamatnya ditetapkan secara bersama dan mampu membangkitkan rasa tanggungjawab dan bersifat kepunyaan di kalangan mereka
Setelah pengupayaan dilakiukan, pengurus pertengahan akan mempunyai autonorni dalam sempadannya yang dikatakan mampu membentuk tenaga kerja ke arah pencapaian matlamat dan menghasilkan impak yang diinginkan.

          Seterusnya, klasifikasi visi organisasi ( big picture ) perlu dikaji akan peranan dan matlamatnya di setiap Untuk menjalankan tugas dengan baik, pengurus pertengahan memerlukan sempadan autonomi yang jelas. Kadangkala, batasan ini tidak dapat ditentukan sejauhmana ianya diberi oleh pengetua, mahupun guru itu sendiri tidak jelas akan sempadannya. Sempadan yang hendak diberi berbeza-beza mengikut katogeri pengurusan sekolah eperti kurikulum, kokurikulum ,kewangan , staf dan sebagainya. Ini termasuklah proses membuat

10
keputusan dan akauntabiliti, Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencapahan tugas serta kekeliruan dikalangan pengurus pertengahan.

          Apabila penguapayan dapat dijalankan dengan sempurna, corak pasukan terarah kendiri dapat dijalankan untuk mencapai sesuatu matlamat. Pengetua akan bertindak sebagai fasilitator. Namun setakat manakah pengetua dapat mengamalkan corak kepimpinan ini agar pengurus pertengahan dapat membina keyakinan dan keupayaan diri untuk menjalankan tugas yang diupayakan. Pengurus pertengahan sepatutnya memperolehi pemindahan pengalaman dan pengetahuan dari pihak atas dan begitu juga sebaliknya.

          Sehingga kini, tahap keterlibatan pengurus pertengahan dalam amalan pengupayaan pengetuanya di sekolah-sekolah tidak dapat di ketahui kerana kekurangan kajian-kajian mengenainya. Pengurus pertengahan merupakan kelompok pentadbir lapisan kedua selepas penolong-penolong kanan dan penyelia petang serta mereka telah dilantik secara rasmi oleh Jabatan Pendidikan Negeri mahupun pengetua sekolah berkenaan




11
3.0     KESIMPULAN  PENULISAN

Tahap penglibatan pengurus pertengahan tinggi di dalam aspek tanggungjawab dan penetapan matlamat berbanding aspek yang lain. Bagi aspek tanggungjawab, keputusan menunjukkan pengurus pertengahan banyak diberi tanggungjawab berkenaan merancang, melaksana, menyelaras aktiviti pengajaran dan program yang berkaitan dengan pembangunan pelajar. Sebaliknya kurang dilibatkan dalam aktiviti yang berkaitan dengan perancangan polisi sekolah. Kesimpulannya, pengurus pertengahan banyak dipertanggungjawabkan dalam aktiviti merancang dan melaksanakan program pengajaran yang berkaitan dengan unitnya.

          Dalam aspek tanggungjawab, keputusan menunjukkan pengurus pertengahan kurang diberi peluang dalam menentukan polisi sekolah di peringkat pengurusan. Dapatan ini bertentangan dengan dapat kajian oleh Banharach et al (1986 ), yang menunjukkan sebanyak 63% guru-guru mahukan lebih tanggungjawab dalam merangka polish dan hal-hal yang berkaitan dengan perlantikan, belanjawan dan perancangan fizikal. Manakala 70% pula, dalam aspek penilaian kakitangan.


12
          Dari aspek penetapan matlamat pula menunjukkan pengurus pertengahan diberi peluang bagi menyusun, menentu dan menetapkan matlamat berkaitan program pelajar. Tanggungjawab utamanya masih berfokus kepada penetapan matlamat pelajar sahaja, bukannya meluas kepada matlamat organisasi sekolah keseluruhannya. Faktor ini penting kerana akthvhti unit akan memberi impak kepada pentadbhran sekolah yang melibatkan seluruh sumber tenaga, terutamanya faktor motivasi dan prestasi kerja.

          Dalam aspek membuat keputusan, kajian ini menunjukkan tahap penglibatan pengurus pertengahan berada di tahap yang sederhana. Kesimpulannya, pengurus pertengahan banyak dilibatkan untuk membuat keputusan berhubung dengan perlaksanaan program pelajar berbanding dengan menentukan sendiri mutu perkhidmatan guru di bawah seliaannya.Ini selaras dengan hasil kajian oleh Sahban (1987 ), yang menunjukkan bahawa dalam hal kurikulum dan pengajaran, gum-guru Iebhh layak untuk membuat keputusan.

          Proses membuat keputusan di dalam pengurusan sekolah tidak cukup hanya kepada aspek kurikulum dan pengajaran semata mata. sebaliknya, perlu merangkumi aspek-aspek yang lebhh luas seperti kewangan, mutu perkhidmatan, dan prestasi organisasi. Ini selaras dengan dapatan kajian Chew

13
Tow Tow (1979 ), yang mengatakan bahawa proses membuat keputusan akan menjadi lebih baik, jika guru-guru dilibatkan secara aktif Ia juga mengalakkan autonomi kepada mereka melalui aktiviti perkerjaan di dalam pengupayaan (Muczyk & Rehrnann dalam Paul et al 2000).

          Tahap  penglibatan pengurus pertengahan dalam aspek penyelesaian masalah berada di tahap sederhana. Aspek ini meliputi peluang untuk mengeluarkan pendapat dan mengemukakan alternatif  Maka soal percaya mempercayai antara ahli dalam pasukan kerja perlu diwujudkan terlebih dahulu, supaya amalan pengupayaan berjalan dengan penuh efeshen, Ini adalah bertujuan untuk mengelak berlakunya konflik dan halangan mental kepada sumber tenaga dalam pengurusan sekolah.









14
BIBLIOGRAFI

Achua,C.F & Lussier, R.N ( 2001 ). “Leadership: Theory, Application, Skill
Development “. Ohio: South-Western College Public

Abdul Shukor Abdullah (1994). “Penilaian Semula Situasi Pengurusan Sekolah”. Jurnal Pengurusan Pendidikan, 4, 1-7

Abdul Shukor Abdullah ( Dato Dr ). Penilaian Semula Situasi Pengurusan Sekolah. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Nasional Ke-4 Pengurusan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki pada 14 - 16 Nov 1996.

Amla Mohd Salleh. ( 1994, 1 Okt ). Beban Kerja Halang Kemampuan Guru. Berita Harian. Kuala Lumpur : New Straits Times. hal.19.

Austin, D.A. (1981). ‘Teachers Burnout Issue’ . Journal of Physical Education Recreation and Dance, 52(9), 35-36.

Allyn And Bacon Kirby,P.C (1991, April). “Share DM: Moving From Concern About Rest Room To Concern About Classroom’~. American Educational Research Association: Chicago

Blanchard, K et al (1996 ) “Empowerment Take More Than A Minute.” San
Francisco: Berrett-Koehler Pub.

Blase, J & Blase, J. (1997 ).“ The Micropolitical Orientation of Facilitative School
Principal and Its Effects On Teacher Sense Of Empowerment.” Journal Of Educational Adminstration. Vol. 35. pp 138-164.

Bolin,F. (1989). “Empowering Leadership” Teacher College Record. 91(1) pg 81-96

Campbell,R.F, Corbally, J.E & Nystrand, R.O (1983). “Introduction To Educational
Administration.” Massachuseff s : Allyn and Bacon Inc.

Conley, S. C (1998, April). “From School Site Management To Participatory School Site Management:”. American Educational Research Association: New Orleans

Campbell,J.P., Dunnette,M.D., Lawler,E.E., & Weick, K.E. ( 1970 ). Managerial Behavior, Performance, and Effectiveness. New York : McGraw-Hill.

De Vries, L.A . ‘Pendidikan Jasmani dan Kesihatan - Satu Dilema’. Paper presented at Physical Education and Sport Sciences Seminar Towards the year 2020 at UPM, on 28 - 29 Sept. 1990.

Depaepe, J., French, R., & Laray, B. (1985). Burnout Symptoms experienced among special physical educators : A descriptive longitudinal study. Adapted Physical Activity Quarterly, 2, 189-196.

Farber, B.A. (1983). Stress and Burnout in the Human Services Profession. New York : Pergamon Press.

Fejgin, N, Ephraty,N, k Ben-sira, D. (1995). Work Environment and Burnout of Physical Education Teachers. Journal of Teaching Physial Education . 15. 64-78.

Freedman, 1. (1991). ‘High and Low Burnout Schools: School Culture Aspects of Teacher Burnout’. The Journal of Educational Research, 84, 325-333.

Freudenberger, H. (1980). Staff burnout . Journal of Social Issues, 34 (4), 111 – 123

Gold, Y., & Roth, R.A. ( 1993 ). Teachers Managing Stress and Preventing Burnout : The Professional Health Solution. Washington, D.C : The Falmer Press.

Horton , L. (1984). ‘What do we know about teachers burnout? Journal of Physical Education, Recreation and Dance. 55 ( 3 ), 69 –71
Hussein Mahmood (1997). “Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah” Kuala Lumpur: DBP

Ibrahim Ahmad Bajunid. ( 1995 ). Peningkatan Pelbagai Jenis Literasi Khususnya Literasi Saintifik Dan Teknikal : Ke Arah Pemantapan Martabat Kepimpinan yang Unggul. Jurnal Pengurusan Pendidikan. 4 ( 2 ). 1 – 19.

Isaac, S., & Micheal, W.B. (1984). Handbook In Research and Evaluation ( 4th.ed ). San Diego, Califonia : EdiTs Publishers.

Johnson, B.C., & Nelson, J.K. (1986). Practical Measurement For Evaluation in Physical Education ( 4th.ed ). USA: Burgess Publishing.

Keith,S & Girling, R.H (1991). “Education And Management And Participant: New
Direction In Educational Administration”. Boston:

Lipham, J.M (1974). “Making Effective Decisions”. Dalam Culberston,J.A, Hensen,C & Morrision,R. “Performance Objectives For Principal”. California: Mc Cutchan

Mancini,V.A.,Wuest,D.A.,Valentine,K.W., & Clark,E.K. ( 1984 ). The use of instruction and supervision in interaction analysis on burned out teachers : Its effects on teaching behaviors, levels of burnout and academic learning time. Journal of Teaching in Physical Education. 3 ( 2 ), 29 – 46.

Maslach, C., & Jackson, S. (1986). Maslach Burnout Inventory Manual. Palo Alto, CA : Consulting Psychological Press, Inc.

Neo. R.A. (2000). “Empolyce Training & Development”. Singapore; McGraw-Hill
Paul, Robert. J, Niehoff Brian. P. Turnlcy, William, II. (2000). “Empowerment,
Expections and Psychological Contract- Managing The Dileemas anf Gaining The
Advanteges.” Journal Of Socio-Econornic. Vol. 29 Issue 5.

Pastore, D.C., & Judd, M.R. ( May-June,1992 ). Burnout in Coaches of Women’s Team Sports. JOPERD. 74 - 79.

Pines, A. (1982). Changing organizations : Is work environment without burnout an impossible goal ? In W. Paine (ed), Job stress and burnout (PP . 274 - 281). Beverly Hills, CA : Sage.

Pines, A., & Aronson, E. ( 1981 ). Burnout : From tedium to personal growth. New York : Free Press Schwab, R.L Ivanicki , E.F (1982). Perceived role conflict, role ambiguity and teacher burnout. Educational Administrative Quarterly 18, 60 - 74.

Sisley, B.L., Capel, S.A, & Desertrain G.S. (1987). ‘Preventing & Burnout in teacher coaches. Journal of Physical Education, Recreation and Dance, 58 (2), 71 - 75.

Smith, J.C. ( !993 ). Understading Stress and Coping, New York: MacMillan Publishing Company.

Tuan Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad. "Towards High Quality Education Management in Physical Education" Paper Presented at Fourth National Seminar on Educational Management at IAB, Sri Layang, Genting Highland, Pahang on 14 - 16 Nov. 1994.

Yukl, G.A., & Wexley, K.N.C. (1984 ). Organization Behavior and Personnel Psychology. Illinois: IRWIN.

Yusoff Ismail .( Mei, 1987 ). Peranan Pendidikan Jasmani dalam KBSM. Jurnal Pendidikan. 12, 51 - 60.