Wednesday, December 15, 2010

EHSAN : www.al-azim.com

Mama terbaca lagi website ini...


AMALAN-AMALAN SUNAT  PADA BULAN MUHARAM

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Dibangunkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka

EHSAN : * simply ahrasis/ * Abu Fahim/ * Tazkirah & Muhasabah/ * Muhasabah: Niat, Amal dan Muharram

 Pagi ni...selepas solat sunat Asyura 4 rakkaat dengan 2 salam..mama terbaca lama web ini..cukup teruja dan cukup membuka minda mama...Buat semua pembaca...marilah kita sama-sama hayati tazkirah ini dari saudara abu fahim...

Mengenai Solat Sunat Asyura...4 rakaat dengan 2 salam...setiap rakaat di baca Al-Fatihah dan Surat Al-Ikhlas sebanyak 11 kali... Itu yang mama baca dan dapat mama kongsikan bersama...



Assalamu'alaikum Wrt. Wbt.

Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya walau sedikit pun  keraguan atau kesesatan kecuali mereka yang menuntut ilmu tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita dan Tuan kita Nabi Muhammad SAW, doa yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas sekelian ahli keluarga, para sahabat dan sekelian pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.


Para pembaca yang budiman,

Saya mengingatkan diri saya dan semua pembaca agar bersama-sama menunaikan dan memperbanyakkan puasa sunat pada bulan Muharram 1432 yang mulia ini sempena memperingati usaha hijrah Rasulullah SAW sebagaimana yang telah disepakati (ijma') oleh para Sahabat, Tabi'en dan Tabi' Tabi'en sekeliannya sehingga ke hari ini.

Hijrah bererti perubahan berterusan (kaisen dalam bahasa Jepun atau continuous improvement dalam bahasa Inggeris) kepada Allah SWT dan Rasulnya SAW baik pada kaedah atau cara dan niat atau matlamat. Popular di kalangan masyarakat Islam, bahawa niat dan matlamat yang halal dan benar itu tidak menghalalkan cara yang bertentangan dengannya yakni cara yang haram dan tidak benar.

Sebagai contoh, tidaklah boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasulnya semata-mata dengan niat dan khayalan semata-mata seperti bersolat, berpuasa, berzakat dengan semata-mata niat sahaja. Bahkan juga, tidaklah boleh bersemah untuk mengelakkan bala bencana atau mendapatkan laba; atau merujuk tukang tilik untuk mendapatkan nasihat tentang masa hadapan; atau mencapai kekayaan dengan rasuah, riba, berjudi atau menipu.

Apatah lagi berlagak pandai, semborono dan berani menghalalkan cara yang haram, kotor, jijik dan hina dengan alasan niat dan matlamat dakwah, pengaruh dan kekuasaan Islam. Ini semua adalah antara sebahagian daripada apa yang dikatakan niat yang suci bersih lagi halal sekali-kali tidak boleh menghalalkan kaedah dan cara mencapainya. [Nota: Ini bagaimanapun tidak termasuk perkara yang dikhilafkan oleh di kalangan Ulamak Mu'tabar seperti kaedah beramal yang mempunyai sandaran dalil tetapi dikhilafkan kedudukannya. Insya Allah akan saya bincangkan kemudian.]

Begitu juga jika kita terbalikkan kaedah ini, kita akan mendapati kaedah dan cara halal atau betul juga tidak boleh menghalalkan hati, niat dan matlamat yang terlarang, kotor dan hina. Cara yang betul dalam melakukan amal perbuatan yang baik mengikut perintah Allah SWT dan Baginda SAW, juga tidaklah berupaya menghalalkan dan membenarkan niat dan matlamat yang salah, kotor dan serong.

Sebagai contoh, membuat amal perbuatan baik atau kebajikan lainnya walaupun kaedah dan cara luaran yang halal dan betul tetapi dengan hati, niat atau matlamat yang sama ada semata-mata cintakan dunia dan mahukan kekayaannya, mahukan sokongan dan pujian manusia, mahu menunjuk-nunjuk, mahu mencapai kebesaran, gelaran dan kedudukan yang kuat dan tinggi (seperti menjadi Ketua, Wakil Rakyat, Ahli Parlimen, Ustaz, Ulamak, Mursyid, Mufti, Datuk, Tan Sri, Doktor Falsafah, Professor dan lain-lain) atau mencari cinta kasih wanita (yang cantik dan berada) dan bukannya kerana mencari keredhaan atau mendekatkan diri kepada Allah SWT dan RasulNya SAW, maka kesemuanya itu adalah sia-sia, ditolak, bahkan tiada nilainya di sisi Allah SWT dan RasulNya SAW.

Hakikatnya, ini bertepatan dengan hadith daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab RA, katanya: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat (atau hati atau matlamat), dan bahawa sesungguhnya setiap orang ada niat dan matlamatnya. Barangsiapa yang hijrahnya (dengan hati atau matlamat) menuju (mendekatkan diri) kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya (akan diterima sebagai mendekatkan diri) kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (hati atau matlamat) dunia yang dia mahu mendapatkan habuannya, atau kerana seorang perempuan (dengan hati atau matlamat) mahu dikahwininya, maka hijrahnya (yakni amal perbuatannya akan dihisab dengan hati atau matlamat) yang hendak dicapainya itu.

Diperhalusi lagi hal ini, oleh Sahibul Ihya, Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali rh, pada bahagian yang membinasakan, menerangkan dengan lebih terperinci dan mendalam akan bahaya-bahaya hati, niat dan matlamat yang songsang ini dan cara-cara mengatasinya. Justeru, saya menasihatkan diri saya dan semua menelaah bahagian ini bersama-sama saudara-saudara kita yang lain di masjid-masjid dan surau-surau yang mengajarkan kitab ini melalui para penceramah yang bertauliah. Sebagai kesimpulan bahagian pertama ini, kedua-dua hati dan amal mestilah halal dan suci dan berjalan selari dengan Islam.


Para pembaca yang dikasihi,

Mengenai puasa Muharram dan kelebihannya pula banyak disebutkan dalam kitab-kitab fadhail dan sabit dalam sekelian banyak hadith-hadith yang sahih atau disahihkan. Terdapat banyak juga penulis-penulis di pelbagai blog, forum dan laman web menyentuh mengenai hal ini. Justeru, marilah kita sama-sama mengamalkannya. Dalil-dalilnya antara lain ialah:

1. Daripada Muaz bin Jabal RA, katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berpuasa tiga hari pada tiap bulannya dan berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Allah SWT menurunkan wahyu: “Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (Ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu” sehingga kepada firmanNya: “memberikan makanan kepada orang miskin” maka sejak itu barangsiapa yang ingin berpuasa (puasa tiga hari pada tiap bulan dan pada hari ‘Asyura atau lebih) maka berpuasalah, dan barangsiapa yang ingin berbuka maka berbukalah, dan berikanlah makanan kepada orang miskin pada setiap hari kerana yang perbuatan baik itu akan diberikan ganjaran (keberkatan dan pahala).”  (Hadith Riwayat Abu Daud)

2. Daripada ‘Aisyah RA, katanya: “Hari ‘Asyura adalah hari orang-orang Arab Quraisy melaksanakan puasa di zaman Jahiliyyah (atas syariat Nabi Allah Ibrahim). Justeru, ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah (selepas berhijrah) beliau berpuasa dan memerintahkan manusia agar berpuasa pada hari ('Ayura) itu. Maka, tatkala diwajibkan berpuasa Ramadhan, Baginda SAW meninggalkan puasa ‘Asyura (sebagai isyarat kepada hukumnya yang sekadar sunat). Maka, barangsiapa yang mahu, maka berpuasalah,  dan barang siapa yang tidak mahu, maka tinggalkanlah.” (Hadith Muttafaqun 'Alaih - Riwayat Bukhari, Ad-Darimi, Abu Daud dan At-Tirmidzi)

3. Daripada ‘Aisyah RA, katanya: “Dahulu mereka berpuasa pada hari ‘Asyura sebelum diwajibkannya Ramadhan dan saat itu hari ditutupnya Ka’bah. Ketika Allah Ta’ala mewajibkan Ramadhan, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mahu berpuasa (‘Asyura), maka berpuasalah, barang siapa yang mahu meninggalkannya, maka tinggalkanlah.” (Hadith Riwayat Bukhari)

4. Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda SAW menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian Baginda SAW ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda SAW menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu panggil Muharram” (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

5. Daripada Muawiyah bin Abu Sufian, katanya: bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang mahu, maka berpuasalah manakala barangsiapa tidak mahu, maka berbukalah.”

6. Daripada Ibnu Abbas RA berkata :  Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi juga berpuasa pada hari ‘Asyura (sedangkan ini adalah juga kebiasaan orang-orang Arab Quraisy yang mengikuti syariat Nabi Ibrahim AS pada zaman Jahiliyyah. Syariat Nabi Allah Ibrahim jelas mendahului syariat Nabi Musa AS). Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, kerana Allah SWT telah pada hari ini menyelamatkan Nabi Musa AS dan Bani Israel daripada musuh mereka (yang juga musuh Allah SWT dan Islam), lalu Nabi Musa AS pun berpuasa (sebagai tanda kesyukuran).” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Adalah kami (umat Islam) adalah lebih layak terhadap Nabi Musa AS daripada kamu (ahli kitab Yahudi).” Baginda SAW kemudiannya berpuasa (sunat) dan memerintahkan para sahabat RA berpuasa (sunat). (Hadith Muttafaq ‘Alaih)

7. Daripada Abu Musa Al-Asy’ari RA, katanya, : “Hari ini ialah hari ‘Asyura yang dimuliakan oleh kaum Yahudi (dan Nasrani) dan dijadikan hari raya (hari peringatan dan kegembiraan). Maka Rasulullah SAW berkata, “Berpuasalah kamu semua.” Hadith (Muttafaqun ‘Alaih)

8. Daripada Ibnu Abbas RA, katanya: Apabila Rasulullah SAW berpuasa (sunat) pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat RA berpuasa (sunat) padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, hari ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW menjawab, “Pada tahun hadapan – Insya Allah – kita berpuasa (sunat) pada hari kesembilan (juga).” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. (Hadith Riwayat Muslim dan Abu Daud)

9. Di dalam lafaz yang lain disebut bahawa Rasulullah SAW menjawab: “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa (sunat) pada hari kesembilan (bersama-sama hari kesepuluh) – (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

10. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, katanya: bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Puasa paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharam.” (Hadith Riwayat Muslim, Ad Darimi, Ibnu Khuzaimah dan Ahmad)

11. Diriwayatkan daripada Abu Qatadah RA, katanya: bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Maka berpuasa (sunat)lah pada hari ‘Asyura, sesungguhnya saya menduga atas Allah SWT bahawa dihapuskannya dosa setahun sebelumnya (Nabi SAW mengisyaratkan fadhilat pada beratnya sangkaan bahawa Allah SWT akan yang Maha Pemurah akan mengampunkan dosa orang yang berpuasa pada hari itu sekiranya Allah SWT menerima amalan puasa tersebut, ).” (Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


Para pembaca yang dikasihi sekelian,

Menyentuh topik kali ini dan huraian terdahulu mengenai kedudukan niat, hati atau matlamat; amal, cara atau perbuatan; Muharram, puasa dan kelebihannya, saya suka mengingatkan diri saya dan semua bahawa kita akan dapat melihat dan menemui pelbagai jenis manusia yang akan membicarakan hal ini daripada sudut pandangan dan kelimuan masing-masing.

Apa yang hendak saya sentuh sebelum menutup tulisan kali ini ialah tentang wujudnya dalam diri kita akan sifat-sifat yang merosakkan hati dan niat kita yang datang pada setiap masa.  Ia perlu kita perhatikan dan ambil tindakan mengelakkan sebelum ia berlaku atau memperbaikinya bila telah berlaku "kemalangan" atau "kesalahan" yang merosakkan hati. Ini adalah ujian yang sangat menuntut kepada perjuangan yang bersungguh-sungguh dan berkekalan kerana perjuangan terhadap yang zahir berlaku sekala-sekala manakala terhadap yang batin itu berterusan.

Ini dijelaskan daripada mafhum sabda Nabi Muhammad SAW bahawa jihad berperang (yang biasa disangka besar) itu adalah kecil kerana jihad yang terbesar sebenarnya ialah menentang hawa dan nafsu baik pada diri kita sendiri mahupun di kalangan masyarakat kita dan umat manusia seluruhnya. Justeru, dalam satu hadith lain, Baginda SAW memperingatkan dalam sabdanya: Sentiasalah memperbaharui iman (hati atau niat) kamu dengan (kembali kepada menghidupkan) kalimah la ilaha illAllah (Muhammadur Rasulullah melalui setiap amal perbuatan kamu).

Hendaknya, janganlah kita semua terpedaya dengan sebarang penulisan dan suara-suara songsang yang sesat lagi menyesatkan yang mengajakkan kita meninggalkan membuat amal perbuatan baik kepada tidak beramal langsung yang bersandarkan alasan logik akal semata-mata berbanding hadith yang lemah. Ini adalah kerana sesungguhnya hadith itu walaupun lemah adalah lebih utama daripada mengikut akal yang senantiasa terbuka kepada pujukan dan tipu daya hawa nafsu dan syaitan baik daripada golongan jin mahupun manusia.

Jika mereka berkata, kenapa menyambut hari-hari dan bulan-bulan tertentu kerana beramal sekali sekala walaupun banyak kurang disukai Allah SWT dan Rasulnya SAW berbanding dengan amalan yang kecil tetapi istiqomah. Sesungguhnya memang benar beramal secara istiqomah itu adalah hijrah yang sebenarnya kerana istiqomah itu adalah tanda keimanan dan keihlasan yang sebenar. Tetapi ketahuilah, jika dilihat dengan akal yang lebih jernih, akan jelaslah bahawa amalan pada hari-hari, malam-malam dan bulan-bulan tertentu juga akan membina istiqomah yang dicari itu.

Tentunya dapat kita hisab bahawa jika setiap bulan ada sahaja aktiviti ibadahnya, tentunya tidak berakhir satu bulan pun tanpa adanya amal perbuatan baik dengan banyak lagi bersungguh-sungguh. Perkara ini akan menjadi berulang-ulang dari hari ke hari dan bulan ke bulan, sehinggakan tanpa disedari dengan segala program susunan Nabi SAW dan para pewarisnya yang bijaksana, bermula daripada zaman Rasulullah, Sahabat, Tabi'en, Tabi' Tabien (dan seterusnya)  umat Islam akan berterusan istiqomah dalam amal perbuatan yang baik di sepanjang masa.

Kesemuanya dilakukan secara latihan dan berperingkat-peringkat dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran, fitnah dan ujian yang pelbagai, yang akhirnya membina kecekalan dan menzahirkan keikhlasan dalam melaksanakan amal perbuatan baik yang akhirnya diterima oleh Allah SWT dalam suatu proses kehidupan yang sangat menyeluruh.

Allah SWT telah berfirman dan Surah Al-Zalzalah ayat 7-8 yang bermaksud: “Barangiapa yang berbuat amal perbuatan baik walau hanya sebesar zarah sekalipun Allah SWT akan melihat (dan membalas)nya. Dan barangsiapa yang berbuat amal perbuatan jahat walau hanya sebesar zarah sekalipun Allah SWT akan melihat (dan membalas)nya”. Manakala dalam surah Surah Al-Baqarah ayat 148, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Maka berlumba-lumbalah kamu dalam mengerjakan kebajikan”.

Justeru, siapakah yang sebenarnya tertipu dan menipu? Mereka yang hanya berkata bak burung kakaktua tapi sedikit sekali sehingga hampir tiada amal perbuatan baiknya atau mereka yang berterusan dengan menyambut setiap hari, malam dan bulan-bulan istimewa dalam Islam dengan amal ibadah dan perbuatan yang baik? Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 7 yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji manusia, siapakah di antaranya yang terbaik amal perbuatannya.”

Bukankah Allah SWT juga telah berfirman dalam Surah As-Soff ayat 2 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan (amal perbuatan baik)? Amat besarlah kemurkaan Allah kepada mereka yang tidak mengamalkan  (amal perbuatan baik daripada) apa yang mereka katakan!” Justeru, janganlah hanya pandai bercakap (baik terang-terangan atau mengumpat atau memfitnah di belakang) dan berlumba-lumbalah melakukan amal kebajikan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasulnya SAW.

Hendaknya, semoga kita insaf akan segala kelalaian, kesilapan dan kesalahan kita dan senantiasa bermuhasabah dan memperbaiki diri kita! Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada lalai dan leka, juga daripada maksiat dan berdosa. Senantiasalah kita bertaubat kembali kepadaNya dan mengajak sekelian ahli keluarga serta masyarakat kita bersama-sama bertaubat kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat senantiasa memeriksa diri dan perbuatan mereka, kemudiannya memperbaiki diri, keluarga dan masyarakatnya, serta memastikan segalanya senantiasa berada di jalan yang lurus lagi diredhai Allah SWT.

Allahu Wa Rasuluhu A'lam.

KELEBIHAN TANGGAL 10 MUHARAM

Lagi paparan buat semua...renungkan lah dan rebutkan rahmat yang Allah kurniakan buat kita umatnya...

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah s.w.t akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat, diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.

KELEBIHAN TANGGAL 10 MUHARAM

Lagi paparan KELEBIHAN 10 MUHARAM ini mama paparkan buat semua dan panduan anak-anak mama...rebutlah wahai anak-anakku...

KELEBIHAN 10 MUHARAM
  1. Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam jumaat , malam 10 muharam , malam nisfu syaaban , malam aidilfitri dan malam aidiladha . . (riwayat bukhari dan muslim)
  2. Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa pada hari asyura . Baginda menjawab: " Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu) . (riwayat muslim)
  3. Apabila nabi s.a.w berhijrah ke madinah , baginda melihat orang-orang yahudi berpuasa pada hari asyura . Rasulullah s.a.w bertanya: "berpuasa apakah kamu ini?" orang-orang yahudi itupun menjawab : "hari ini hari besar . pada hari ini allah menyelamatkan nabi musa dan menenggelamkan firaun dengan askar-askarnya,maka nabi musa telah berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada allah pada hari ini.maka kami pun berpuasa."
    nabi menjawab; "kamilah yang lebih berhak mengikut jejak langkah nabi musa daripada kamu." lalu rasulullah s.a.w berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya agar berpuasa pada hari itu.(riwayat muslim)
  4. Para sahabat telah bertanya kepada rasulullah s.a.w mengenai hal tersebut: "ya rasulullah adakah allah telah melebihkan hari asyura daripada hari-hari lain?"jawab baginda: "memang benar hari asyura (10 muharam) allah telah menjadikan langit dan bumi,bukit bukau,laut,syurga dan neraka ,nabi adam dan hawa,nabi adam masuk ke syurga,nabi ibrahim dilahirkan,nabi ibrahim terselamat dari kepanasan api,peristiwa firaun telah ditenggelamkan oleh allah s.w.t,allah telah menyembuhkan penyakit nabi ayub,taubat nabi adam dan nabi daud diterima oleh allah a.w.t,allah telah mengembalikan kerajaan nabi sulaiman dan terjadinya kiamat pada hari jumaat 10 muharam.berpuasa pada hari asyura sebaiknya didahului dengan berpuasa pada hari tasu'a (hari kesembilan dari bulan muharam) agar tidak menyerupai dengan amalan orang yahudi yang hanya berpuasa pada hari asyura sahaja.sabda rasulullha s.a.w :berpuasalah kamu pada hari kesembilan dan kesepuluh (muharam) ,dan jangan meniru cara-cara yahudi ." (riwayat al-baihaqi)
  5. Satu amalan sunat yang dilakukan pada hari asyura ialah menggembirakan keluarga atau saudara mara terdekat,misalnya kita menyediakan makanan dan minuman yang lebih sedap daripada biasanya.sabda rasulullah s.a.w : "sesiapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari asyura,maka allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu." (riwayat at-tabrani dan al-baihaqi) 
     
    ehsan : http://sahabatmusleem.blogspot.com/2009/01/kelebihan-10-muharram.html

KELEBIHAN BERPUASA DI TANGGAL 10 MUHARAM

Salam anak-anak ku..

Hari ini 10 Muharram dan aku peringatkan kepada semua anak-anak lewat malam tadi. Ku minta mereka berpuasa dan meningkatkan amalan. Ingin aku perjelaskan kelebihan 10 Muharam dan aku berdoa agar setiap amalan mereka menjadi bekalan hidup dunia dan akhirat....

'Ya Allah ya Tuhanku..yang maha penyayang lagi maha mengasihani... terimalah ibadahku, anak-anakku dan seluruh ahli keluarga ku...seluruh umat Islam di muka bumi mu ini Ya Allah...sesungguhnya Kau yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui'

  

KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT
 

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!"


http://malnumenes.tripod.com/kshfadilahmhrm.htm