Saturday, October 29, 2011

BERTAKHTA DI HATI

Di hempas ombak
terdampar buih
menanti waktu
pulang ke laut

begitu rindu
di pisah takdir
meniti saat
bersulam cinta

lihat
lihat
ke dalam mataku
sinarnya menyala

lihat
lihat
ke dalam mataku
cintamu bertakhta

Sebelum ku kenal
diri mu siapa
aku tak kenali
apa itu cinta

setelah ku kenal
diri mu sebenar
kau cinta sejati
kusandarkan jiwa

digilis angin
tercarik awan
menanti detik
sebelum hujan

begitu sendu
diguris resah
meniti hari
bersulam tangis

lihat
lihat
ke dalam mataku
sinarnya menyala

lihat
lihat
ke dalam mataku
cintamu bertakhta

Tak kan berganjak
pendirian ku ini
jika kita
tidak kembali bersatu
selamanya...

Tak kan berubah
perasaan ini
terhadapmu

biar digugat
biar dicabar
biar dihalang

Sebelum ku kenal
diri mu siapa
aku tak kenali
apa itu cinta

setelah ku kenal
kau cinta sejati
kusandarkan jiwa
kau cinta sejati
kusandarkan jiwa


SEMOGA ABADI

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak ku sedari
sekian lama ku nanti
kau di sini

Mungkin kehendak ilahi
segalanya ku jalani
biar lelap tidurmu
dipelukku

Cinta ini kupersembahkan
Setulus hati kasih
kepadamu..

Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
dalam hidup ku

Mungkin kehendak ilahi
segalanya ku jalani
biar lelap tidurmu
dipelukku

Cinta ini kupersembahkan
Setulus hati kasih
kepadamu..

Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
dalam hidup ku

Kasih sayang ini
SEMOGA ABADI
kan ku bawah
sampai akhir nanti.....


MENGUMPAT ???? Setakat mana BAHAYA nya?

Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.Inilah orang yang muflis di akhirat nanti. SUBAHANALLAH...


http://facebook.com/tazkirah

Berbaik sangka kepada Allah SWT

Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (Hadith Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kpd Nabi s.a.w sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi s.a.w bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Imam Ahmad)

AYAT SERIBU DINAR

Ayat Seribu Dinar
*
Ayat seribu dinar biasanya dikenali sebagai pelaris atau pemurah rezeki.Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.
Ramai juga yang membacanya setiap hari agar rezeki bertambah.Keberhasilan murah rezeki bukan hanya pada menggantung ayat ini, juga bukan hanya pada membacanya, tetapi pada MENGAMALKAN kandungan ayat ini.

Terjemahannya :
Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Kesimpulannya, jika ingin murah rezeki atau mendapat rezeki yang tidak di sangka-sangka, caranya ialah jadilah orang yang TAQWA.

Monday, October 3, 2011

INSUPRO FORTE...ATASI MASALAH DIEBETIS



.....Satu lagi Produk yang agak mujarab untuk masalah kesihatan....

KHASIAT WHEATGRASS



.........SEKADAR BERKONGSI MATLUMAT DAN KHASIAT.........

Saya telah mula mengambil wheatgrass ini nampak sangat berkesan ..
JUALAN PUKAL ...pada kadar diskaun 70%..harga serendah RM 1 utk 1 sachet...inbox saya zawin_hanna@yahoo.com.

KHASIAT WHEATGRASS

Khasiat Wheatgrass


Terma wheatgrass digunakan untuk menerangkan tanaman Agropyon muda genus rumput daripada keluarga Poaceae. Tanaman ini berkait rapat dengan gandum tetapi kelihatan seperti rumput biasa pada peringkat awalnya. Tanaman dari jenis ini adalah tumbuhan semula jadi di Asia dan Eropah. Tidak hairanlah ada yang mengelarnya sebagai rumput gandum.

Wheatgrass mudah untuk ditanam. Malah ada yang menanamnya di dalam pasu atau bekas khas di rumah. Wheatgrass perlu mendapat cahaya matahari dan kerap disiram air. Rumput ini boleh tuai setelah ia mencapai ketinggian 8 inci.

Wheatgrass lebih dikenali dengan khasiat kesihatannya, dan selalunya ia dihancurkan untuk dijadikan jus untuk diminum. Jika anda tidak ada masa untuk membuatnya sendiri, anda boleh mendapatkan jus wheatgrass yang dijual di kedai menjual minuman jus dan makanan kesihatan. Walaupun begitu, jus yang dihasilkan daripada wheatgrass bukanlah bukanlah penyembuh ajaib. Ia hanyalah makanan tambahan yang mampu memberi kebaikan kepada pengambilnya.

Jus wheatgrass mengandungi lebih daripada 100 jenis elemen berbeza tetapi dikategorikan makanan yang lengkap. Kira-kira 15 paun wheatgrass hampir sama dengan protein dan nilai zat keseluruhan yang terdapat dalam 350 paun sayuran biasa. Kandungan utama wheatgrass adalah klorofil iaitu sebanyak 70 peratus.

Klorofil boleh didefinasikan sebagai tenaga solar pekat. Daun tumbuhan menukar tenaga cahaya kepada tenaga yang disimpan dalam serat tumbuhan. Kombinasi unik nilai zat, kimia dan tenaga dalam wheatgrass mampu memenuhi kekurangan zat seseorang. Selain daripada itu, jus wheatgrass dikatakan mampu membantu membuang toksin yang tersimpan dalam tubuh. Sejumlah selenium pekat yang terdapat dalam wheatgrass juga disebut amat baik untuk membantu membersihkan toksin logam berat seperti plumbum, merkuri, cadmium dan arsenic.

Pembuang toksin

Disebabkan jus wheatgrass adalah makanan berzat padat, maka anda tidak perlu minum dengan banyak. Anda boleh meminum kira-kira 30 mililiter (ml) jus setiap hari terutamanya sewaktu perut anda kosong. Jus ini kemudiannya akan secara perlahan-lahan bertukar menjadi lebih berair.

Namun begitu anda perlu mengambil jus wheatgrass dengan sejumlah air yang sama kerana jika mengambil jusnya sahaja ia boleh member tekanan kepada buah pinggang. Selepas itu tunggu lebih kurang 30 minit sebelum mengambil makanan atau meminum sebarang cecair.

Khasiat wheatgrass memang banyak. Ia dipercayai sebagai agen penentang kanser. Malah ramai yang mempercayai khasiat wheatgrass terhadap kanser dan pengambilannya mampu membantu rawatan malah pencegah kanser.

Pelumba basikal terkenal Lance Amstrong dikatakan amat mempercayai khasiat wheatgrass dan mengambilnya untuk tujuan kesihatan. Lihatlah bagaimana kecergasannya berlumba walaupun dia sebenarnya bekas pesakit kanser.
Khasiat lain wheatgrass adalah ia amat efektif dalam merangsang system imun tubuh untuk menentang dan sembuh daripada penyakit dan masalah kesihatan. Wheatgrass adalah sumber terbaik beta karotena, mengandungi sejumlah besar vitamin B, C, E, H, K.

Ia juga mengandungi kira-kira 90 mineral yang berbeza dan 19 asid amino. Wheatgrass juga mengandungi beberapa enzim aktif yang memainkan peranan utama dalam memecahkan lemak, mengambil fungsi biologi dan membantu dalam pengurangan berat badan. Daripada 90 mineral ini, kebanyakannya adalah beralkali dan ini termasuklah kalsium, magnesium, kalium, sodium dan besi.

Walaupun khasiat wheatgrass tidak dapat diragui, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat pengamal perubatan agar anda tidak mengalami sebarang masalah kesihatan di kemudian hari kelak