Saturday, August 6, 2011

SOlat Dhuha

Salah satu sholat sunnah yg dicontohkan Rasululloh SAW adalah sholat sunnah Dhuha. Bahkan beliau menjadikan sholat dhuha ini sebagai salah satu wasiat beliau, sebagaimana hadits berikut:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: ” Kekasihku, Rasulullah SAW berwasiat kepadaku mengenai tiga hal :
a) agar aku berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan,
b) melakukan sholat dhuha dua raka’at dan
c) melakukan sholat witir sebelum tidur.” ( H.R. Bukhari & Muslim ).

Masa di sekolah lama, saya sentiasa mencuri peluang untuk melakukan sholat dhuha. Mungkin ada surau yang selesa walaupun terpaksa berkongsi dengan bilik darjah..Atau mungkin salah satunya untuk meluruskan niatku bekerja dan mengajar...yakni menjadikan pekerjaanku sebagai ibadah. Seringkali orang bekerja dgn tujuan hanya mencari wang (duniawi) semata, sehingga melupakan aspek ibadah (akhirat).

Sementara itu, manfaat sholat dhuha sendiri, dari beberapa ustaz, antara lain:

1. Agar dilapangkan dada dalam segala hal, terutama rezeki.
2. Ungkapan terimakasih kita kepada ALLAH SWT, atas nikmat sihat tubuh kita.
3. Pelindung kita untuk menangkal siksa api neraka di Hari Kiamat nanti.
4. Mendapat ganjaran syurga, sesuai dengan hadits Rasulullah SAW,
“Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab ad-dhuha ( pintu dhuha ) dan pada hari kiamat nanti ada orang yang memanggil,” Dimana orang yang senantiasa mengerjakan sholat dhuha ? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”
( H.R. at-Tabrani).

Waktu sholat dhuha sendiri, berdasarkan contoh Rasulullah SAW, berkisar sekitar pukul 7 pagi - 10 pagi. Dengan demikian, dikatakan, sholat dhuha = sholat untuk ‘memulai’ aktiviti (sebelum bekerja).

Sementara jumlah raka’atnya, minima 2 raka’at dan maksima 12 raka’at.

Sedangkan untuk surat yg dibaca, senantiasa membaca Adh Dhuha(93) di raka’at pertama dan Al Ikhlas(112) di raka’at kedua, dengan alasan sebagai berikut:

1. Adh Dhuha = sesuai dengan sholat sunnah yg dilakukan. Di samping itu, isi dari surat 93 ini ALLOH SWT akan memberi kecukupan kepada hamba2-Nya. Selain itu, surat ini juga mengingatakan kita agar tidak sewenang-wenang terhadap anak yatim, juga tidak menghardik orang yang meminta-minta (pengemis) kepada kita.

Justru pada surat ini, ALLOH SWT menyuruh kita agar berbagi rezeki yg telah diberikan-Nya, kepada orang lain yang memerlukannya.

2. Al Ikhlas = untuk memperkuat iman (tauhid), bahawa hanya ALLAH SWT yg berhak disembah. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Dengan membaca Al Ikhlas, saya berharap agar jika maut menjemput kelak, maka iman tidak lepas dari qalbu.

Jadi, jangan tunggu lagi…segera dirikan sholat dhuha! :-)

tambahan:
- salah satu doa yg bole dipanjatkan usai sholat dhuha:

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

No comments:

Post a Comment