Wednesday, November 3, 2010

Model Gaya Pembelajaran Canfield (1997)dan Model Dunn Dan Dunn. Huraikan Bagaimana Model Ini Boleh Manfaatkan Dalam Pembelajaran Jarak Jauh

1.1     PENGENALAN

Pembelajaran adalah proses untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat, dan seterusnya akan menguasai sesuatu kemahiran dan membentuk sikap serta kepercayaan. Pembelajaran tidak hanya berkait dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula apa yang telah dipelajari, sebaliknya adalah berkaitan dengan kefahaman tentang konsep-konsep atau prinsip-prinsip yang boleh diaplikasi dalam dunia sebenar (Hargreaves, 1996).

          Semua pihak yang terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran harus mencari cara untuk menjauhkan proses pembelajaran daripada pengaruh peperiksaan dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokan dan bermakna (Asiah, 1994).

          Pada masa kini, ramai penyelidik mengkaji ciri-ciri unik gaya pembelajaran seseorang individu di samping menjana alternatif untuk membaiki amalan pembelajaran supaya dapat dipertingkatkan pencapaian akademik (Moran, 1991). Claxton dan Murell (1988), pula menyatakan bahawa pengenalpastian gaya pembelajaran seseorang pelajar akan mewujudkan pembelajaran yang

1
lebih berkesan. Walaupun gaya pembelajaran membolehkan seseorang mengalami proses pembelajaran dengan lebih berkesan, namun jenis gaya pembelajaran bergantung kepada kesesuaian seseorang indivivu itu sendiri (Irving dan William, 1995).

          Terdapat pelbagai jenis gaya pembelajaran yang digunakan secara meluas dalam institusi pendidikan di seluruh dunia. Antara yang popular ialah Model Kolb dengan gaya pembelajaran iaitu Penyesuaian Diri (Accommodator), Pencapahan (Diverger), Pemusatan (Converger) dan Asimilasi (Assimilator). Secara umumnya, gaya pengajaran adalah pendekatan yang diambil oleh tenaga pengajar untuk mengajar pelajar-pelajarnya dan biasanya menggambarkan pegangannya mengenai pengajaran.

          Dengan mengetahui pendekatan pengajaran, tenaga pengajar mempunyai peluang untuk memilih pendekatan yang sesuai dengan pengajaran mereka.  Menurut Ee Ah Meng (1987), pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai akan membawa kepada pengajaran yang berkesan serta pembelajaran yang menyeronokan.



2
1.1     GAYA PEMBELAJARAN

Pada masa kini terdapat banyak model gaya pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijadikan panduan kepada para pensyarah untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Biasanya pensyarah akan memilih gaya yang selesa dengan dirinya (Esah, 2003). Gaya pembelajaran yang biasa digunakan secara meluas dalam pendidikan orang dewasa adalah Model Pembelajaran Kolb, Model Gaya Canfield dan Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Reichmann-Grasha (Tieu, 2003). Oleh yang demikian, gaya pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar haruslah dipilih supaya kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah adalah efisien.

          Mohd Kassim dan Mohd Mohhiddin (2001), menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996, adalah bahawasanya suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi mutu bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya untuk mencapai aspirasi Negara. Untuk menyahut cabaran ini, menyediakan pasarana pendidikan bertaraf dunia tanpa tenaga pengajar dan pengurusan yang berkualiti tidak akan dapat mencapai misi ini dengan memperkenalkan Program Pensisawazahan Guru Besar (PPGB) untuk membuka peluang kepada guru besar sekolah rendah memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan sekolah (BH, Selasa, 18 Okotber 2007).
3
1.3     DEFINISI PEMBELAJARAN

Pembelajaran biasanya dianggap sebagai perolehan maklumat, pengetahuan, penguasaan kemahiran, tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran adalah perubahan kefahaman individu dan keupayaan melaksanakannya serta mempraktikkan apa yang telah dipelajari iaitu bukan sekadar meningkatkan jumlah matlamat yang digarap (Hargreaves, 1996).

Pembelajaran seseorang bergantung pada pengalaman, kebolehan, kecerdasan dan sikap masing-masing. Perbezaan dalam pengalaman, kebolehan, kecerdasan dan sikap ini sangat mempengaruhi cara seseorang mempelajari, mentafsir, menganalisis, memahami sesuatu dan mencerap pengetahuan yang diajarkan (Aziz 1992).

Kesimpulannya, pembelajaran adalah kebolehan seseorang mengambil maklumat, mengkod dan failkan maklumat tersebut supaya ianya mudah untuk digunakan apabila diperlukan. Gaya pembelajaran tidak berkait dengan kecerdasan atau apakah kemahiran yang telah anda pelajari. Tetapi gaya pembelajaran berkait rapat dengan bagaimana minda kita berkerja dengan berkesan terhadap pembelajaran maklumat baru. Gaya pembelajaran seseorang itu telah wujud dalam diri seseorang sejak dilahirkan.
4
2.0     MODEL GAYA PEMBELAJARAN CANFIELD (1977)

Canfield (1977) telah membina skala gaya pembelajaran membahagikan kepada 4 kategori utama iaitu keadaan pembelajaran (learning condition), kecenderungan mod belajar (preferred mode of learning), kandungan pembelajaran (learning content) dan jangkaan prestasi (perfomance expectation).
Keadaan (Conditions)
1. Peer
2. Organization
3. Goal setting
4. Competition
5 Instructor
6. Detail
7. Independence
8. Authority
Kepuasan hati (Content)
1. Numeric
2. Qualitative
3. Inarimate
4. People
Cara (Made)
1. Listening
2. Reading
3. Iconic
4. Direct experience
Pengharapan (Expectation)
1. Outstanding or superior
2. Above average or good level
3. Average or satisfactory level
4. Below average or unsatisfactory level

Jadual 2.1 : Elemen-elemen Gaya pembelajaran Canfield

5
2.1     CIRI-CIRI MODEL PEMBELAJARAN CANFIELD

Model Pembelajaran Canfiield ini memberi 4 ciri utama dalam gaya pembelajaran individu iaitu;

2.1.1            Keadaan Pembelajaran (Learning Condition)

Menurut Canfield, pelajar yang bersifat berdikari lebih suka menyiapkan tugasan secara bersendirian tetapi masih mengharapakan bantuan rakan sebaya untuk tujuan pandangan kedua atau perbincangan. Mereka yang berdikari biasanya mempunyai materialnya sendiri, bekerja berdasarkan kelajuan mereka, cuba tidak menggangu pelajar lain dan mencari maklumat daripada guru sahaja. Mereka mempunyai matlamat sendiri untuk dicapai kerana mempunyai minat yang mendalam . Mereka melihat kejayaan mereka adalah bergantung kepada kemampuan mereka tetapi dalam organisasi sendiri.

Menjadikan persaingan antara kawan-kawan sebagai positif tetapi memerlukan bantuan guru untuk mlengkapkan tugasan. Mereka juga mengganggap kejayaan dan kegagalan adalah tidak berkait dengan orang lain Model pembelajaran ini juga memberi tanggapan bahawa pelajar mempunyai kemampuan yang lebih

6
untuk mendisiplinkan diri dengan program yang diikuti, berkebolehan untuk melakukan arahan kendiri (Self-directing)

2.1.2            Kecenderungan Mod Belajar (Preferred Mode Of Learning)

Model ini menjelaskan bahawa pelajar yang bersifat kolaboratif seronok untuk berkongsi idea ketika bekerja dalam kumpulan. Beliau percaya bahawa pelajar-pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Pelajar lebih cenderung untuk membaca, mendengar , ikonik dan pengalaman langsung atau hands-on untuk mendapatkan ilmu.

Modeli ini mendapati dalam usaha untuk meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan, semua elemen pembelajaran diterapkan. Hasil daripada peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada pembelajaran. Model ini juga menjelaskan bahawa bekerja dalam kumpulan adalah untuk menyempurnakan sesuatu matlamat bersama. Mereka  melihat output sebagai kebaikan untuk semua ahli kumpulan.


7

2.1.3            Kandungan Pembelajaran (Learning Content)

Model pembelajaran ini lebih menjurus kearah numerasi, kualitatif, inanimat dan kemasyarakatan. Jelas Model ini menjurus kearah pembelajaran untuk orang dewasa di mana konsep pembelajaran agak meluah dan bebas. Tidak terdapat isu pelajar yang bersifat pergantungan akan merasa hampa apabila menghadapi cabaran. Model ini juga menjalaskan corak pembelajaran yang tidak terlalu amat bergantung kepada guru untuk memberi arahan yang jelas untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Selain itu mereka amat memerlukan pensyarah untuk memberitahu mereka tentang apa yang harus dipelajari untuk menghadapi peperiksaan.

2.1.4            Jangkaan Prestasi (Perfomance Expectation).
Canfiled berpendapat bahawapelajar yang bersifat persaingan akan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan ganjaran dan pengiktirafan dan kesangsian juga timbul dikalangan pelajar dalam kumpulan yang sama. Mereka sentiasa ingin menunjukkan kehebatan diri sendiri dengan kecenderungan menyiapkan tugasan yang lebih baik. Selain itu, mereka juga sentiasa ingin mengetahui tentang tahap pencapaian ujian atau tugasan pelajar lain


8
3.0     MODEL PEMBELAJARAN DUNN AND DUNN

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip dimana  kebanyakan individu mampu dan boleh belajar, setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu,           gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber      dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan akhir sekali iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat   isesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran.

3.1     CIRI-CIRI MODEL PEMBELAJARAN DUNN & DUNN

3.1.1           Rangsangan Persekitaran

Rangsangan persekitaran merujuk kepada elemen-elemen cahaya, bunyi, suhu dan rekabentuk. Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu memerlukan persekitaran cahaya terang semasa belajar. Individu juga

9
memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Oleh itu, mereka akan memasang radio atau televisyen sewaktu belajar (terutamanya ketika larut malam) kerana bunyi dari radio atau televisyen akan dapat mengatasi suasana yang sunyi itu dan dapat memberi lebih kosentrasi terhadap pelajaran mereka. Beliau juga mendapati individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap suhu persekitaran . Proses pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana nyaman dan berhawa dingin. Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi seseorang terganggu dan cepat berasa mengantuk dan akan menyebabkan produktiviti seseorang. Pelajar yang gemar belajar dalam keadaan formal memerlukan satu tempat yang khas untuk aktiviti pembelajaran mereka seperti sebuah meja dan kerusi.

3.1.2            Rangsangan Emosional

Rangsangan emosional terdiri daripada elemen-elemen seperti motivasi, kecekalan, tanggungjawab dan struktur.Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat membantu pelajar belajar dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecekalan yang berbeza antara individu menyebabkan mereka

10
memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza. Pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri Arahan yang jelas dan berstruktur mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan, namun begitu terdapat juga pelajar yang suka belajar dengan gaya bebas.

3.1.3           Rangsangan Sosiologi

Rangsangan sosiologi terdiri daripada elemen-elemen seperti diri sendiri, berpasangan, berkelompok atau dengan rakan sebaya atau orang dewasa. Dunn dan Dunn (1978) menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara terus oleh guru kepada pelajar.Terdapat individu yang lebih suka belajar bersendirian dan tidak mahu gangguan sewaktu mereka belajar. Individu yang belajar secara berpasangan adalah individu yang lebih suka belajar dengan kehadiran individu rapat bersamanya. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang pada kebiasaannya melibatkan lebih daripada dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan perbincangan, sumbangsaran dan perkongsian idea-idea tentang cara pembelajaran yang berkesan. Orang dewasa menjadi tempat untuk mereka menyoal atau mengemukakan soalan apabila menghadapi

11
sesuatu masalah pembelajaran. Bagi pelajar yang kurang selesa belajar dengan pelajar yang sebaya dengannya, mereka lebih selesa belajar bersama guru atau orang dewasa.

3.1.4  Rangsangan Fizikal

Rangsangan fizikal terdiri daripada elemen-elemen seperti persepsi, makanan, minuman, waktu belajar dan pergerakan. Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara belajar. Model beliau menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual, auditif, taktual dan kinestetik.Terdapat individu belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka makan dan minum semasa belajar. Selain itu, tekanan ketika belajar dapat dikurangkan melalui makan dan minum.

3.1.5           Rangsangan Psikologi

Rangsangan psikologi terdiri daripada elemen-elemen yang berikut iaitu analitik/global, impulsif/reflektif, dominan otak kiri/dominan otak kanan. Pelajar analitik melakukan tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Golongan pelajar ini hanya melakukan satu

12
perkara sahaja dalam satu masa. Berlainan pula dengan pelajar yang global kerana pelajar ini akan melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka. Pelajar ini akan lebih cenderung untuk bekerjasama dalam bentuk berkumpulan berbanding secara individual. Pelajar holistik melihat aspek secara meluas dan membuat rumusan secara menyeluruh. Individu yang impulsif gemar membuat keputusan yang cepat dan sering mengikut gerak hati apabila melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

          Manakala, individu yang reflektif lebih berhati-hati semasa membuat kerja. Individu ini sangat prihatin dan berfikir mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri (HOKI) dan otak kanan (HOKA). Fungsi otak yang berbeza ini mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu. Otak kiri manusia mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, sekuens, linear dan analisis. Manakala otak kanan pula berfungsi dalam aspek bentuk, ruang, lukisan, corak, holistik, rentak dan irama.

Model Dunn dan Dunn di atas menunjukkan individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berdasarkan kecenderungan belajar individu tersebut. Gaya pembelajaran individu didapati bertindak balas dengan

13
pendekatan pengajaran dan pembelajaran, sumber dan iklim. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran, sumber dan iklim yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang dapat mengoptimumkan proses pembelajaran dan prestasi belajar individu.

          Menggunakan model Dunn dan Dunn, kajian Low Xin Xin (2003) mendapati bahawa kategori emosional merupakan gaya pembelajaran yang paling dominan oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Sains Muar. Dapatan kajian menunjukkan motivasi yang diberi oleh keluarga, ibu bapa adalah penting untuk mendorong mereka berusaha lagi dalam pembelajarannya. Manakala kategori yang kurang diutamakan oleh pelajar adalah kategori sosiologikal. Hasil kajiannya juga mendapati pelajar lebih cenderung untuk belajar bersendirian berbanding dengan berkumpulan kerana pelajar membazirkan masa untuk bercakap sesama rakan dan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya sekiranya belajar dalam kumpulan.

          Berpandukan kepada kajian yang dijalankan oleh Yee Mei Heong (2002) pula, kategori Sosiologikal merupakan elemen yang paling dominan dalam mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tingkatan Empat yang mengikuti

14
aliran teknik di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Johor. Kajian beliau mendapati ada masa pelajar suka belajar secara bersendirian tetapi ada kalanya suka bersama rakan. Sementara itu, kategori yang kurang diutamakan oleh pelajar adalah kategori fizikal. Pelajar adalah lebih cenderung dalam kaedah kinestetik dan visual tetap lemah dalam auditif.

4.0     PERBANDINGAN APLIKASI  MODEL PEMBELAJARAN

Ciri-ciri pembelajaran yang berbeza memerlukan satu pendekatan pengajaran bersepadu yang mengambil kira perbezaan individu bukan saja dari segi gaya kognitif tetapi juga dari aspek-aspek lain. Cadangan oleh Dunn dan Dunn (1993) dilihat sebagai altenatif yang lebih sesuai di dalam menzahirkan pendekatan pengajaran yang bersepadu. Menurut Rita dan Kenneth Dunn dalam Meng (1997) menyatakan;

If children cannot learn the way we teach them than we must teach them the way the learn
Model Pembelajaran Canfield dan Dunn & Dunn menjelaskan keupayaan gaya pembelajaran yang agak sama dari aspek berikut :


15

4.1     Motivasi dan Berdikari

Pelajar dewasa memerlukan sokongan bagi meneruskan pelajaran dan mereka lebih bersemangat hendak meneruskan pelajaran apabila diberikan ganjaran dan sokongan yang dapat memotivasikan mereka terutama daripada ahli keluarganya. Pelajar dewasa mempunyai kemampuan yang lebih untuk mendisiplinkan diri dengan program yang diikuti, oleh itu pelajar dewasa berkebolehan untuk melakukan arahan kendiri (Self-directing) dibandingkan dengan arahan pelajar dibangku sekolah atau pelajar yang mengikuti program sepenuh masa yang memerlukan banyak perbincangan.

4.2     Perhatian
Pelajar dewasa perlu mengambil perhatian dan tumpuan khusus terhadap penerangan atau demostrasi daripada tenaga pengajar supaya mereka dapat memahami pelajarannya.

4.3     Jangkaan dan Pengantungan pada Tutor/Pensyarah
Prestasi pelajar dewasa perlu diberitahu terlebih dahulu supaya mereka dapat memperbaiki kekurangan diri dan mungkin akan merasa lebih bersemangat dan

16
bersedia menghadapi apa jua bentuk keadaan. Pelajar dewasa lebih bersifat pergantungan akan merasa hampa apabila menghadapi cabaran, kerana mereka amat bergantung kepada pensyarah untuk memberi arahan yang jelas untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Selain itu mereka amat memerlukan pensyarah untuk memberitahu mereka tentang apa yang harus dipelajari untuk menghadapi peperiksaan.

4.5     Perolehan ingatan kembali
Pelajar dewasa menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu mereka memahami konsep yang baru dipelajari dengan mudah dan cepat tampa sebarang masalah.

4.6     Pemilihan persepsi
Pelajar dewasa perlu membuat pilihan sesuatu perkara atau rangsangan. Ia lebih merujuk kepada tindakan seseorang untuk membezakan perkara atau rangsangan sama ada ia penting dan relevan atau tidak penting.

4.7     Mengekodkan dan penyimpanan jangka panjang
Pelajar dewasa seterusnya perlu membuat kod terhadap maklumat yang diterima untuk disimpan kedalam sistem saraf pusat. Ini dilakukan bagi memastikan
 17
maklumat tersebut lebih mudah diingati dan dapat digunakan pada masa akan datang.

4.8     Gerak balas atau prestasi

Pembelajaran orang dewasa berlaku apabila segala maklumat yang dikodkan dan disimpan dapat dilaksanakan oleh mereka dengan membuktikannya dengan tindakan dan perubahan tingkah laku berserta peningkatan prestasinya. Mereka lebih  bersifat persaingan akan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan ganjaran dan pengiktirafan dan kesangsian juga timbul dikalangan pelajar dalam kumpulan yang sama. Mereka sentiasa ingin menunjukkan kehebatan diri sendiri dengan kecenderungan menyiapkan tugasan yang lebih baik. Selain itu, mereka juga sentiasa ingin mengetahui tentang tahap pencapaian ujian atau tugasan pelajar lain

4.9     Maklum balas dan penanguhan
Ia mempunyai dua fungsi iaitu untuk memberitahu perkara yang seharusnya dibuat dan motivasi yang mendorong individu meningkatkan atau memperbaiki prestasi mereka.


18
4.10   Generalisasi atau pemindahan pembelajaran
Generalisasi merupakan pemindahan pembelajaran dari satu situasi kepada situasi yang lain. Kebolehan ini akan bertambah jika mempraktikkan kemahiran baru dalam pelbagai situasi.

5.0     KESIMPULAN DAN RUMUSAN

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan di menara gading ini, seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan. Oleh itu, kajian mengenai gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar pelajar di Institusi Pengajian Tinggi perlu dibuat supaya gaya pembelajaran, kemahiran belajar yang diamalkan dan masalah belajar yang dihadapi oleh pelajar dapat dikenalpasti. Dengan ini, pihak universiti dan pensyarah boleh menyediakan persekitaran dan bahan mengajar yang lebih sesuai kepada pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran juga akan berjalan dengan lebih lancar dan selesa.

          Menurut Gordon dan Sharan (1982), pembelajaran dewasa adalah suatu proses yang dilakukan oleh manusia yang mempunyai status dewasa secara sistematik ataupun sebaliknya yang seterusnya akan membawa perubahan

19
dalam pengetahuan, sikap, nilai atau kemahiran. Dalam pembelajaran berbentuk luar kampus pelajar tidak kira pendekatan pembelajaran apa yang dipraktikkan mestilah berusaha dengan gigih untuk berdikari iaitu membebaskan diri dari belenggu meminta bantuan dan melaksanakan arahan kendiri untuk mempelajari isi kandungan semua kursus yang diikuti (Karsono, 1993). Pelajar mestilah secara berkala sentiasa mengingatkan diri masing-masing keatas komitmen mereka untuk memberikan tumpuan masa dan usaha memahami dan menghayati isi kandungan kursus yang diikuti.

          Selain itu, pelajar mesti menerapkan sikap positif yang menanamkan keyakinan diri dalam semua perkara serta membangun dan menggunakan pendekatan individu yang lebih sistematik dalam mempelajari isi kandungan kursus dan dalam melaksanakan keperluan program pengajian. Setiap pembelajaran orang dewasa mestilah disesuaikan dengan keperluan orang dewasa. Sebagai pengajar, mereka juga perlu tahu peringkat pembelajaran dan perlu bertanggungjawab terhadap perkara-perkara tertentu seperti kemampuan, keperluan cara belajar yang terbaik dan seterusnya dapat menyesuaikanya dengan penggunaan bahan pengajaran kepada setiap pelajar



20

BIBLIOGRAFI

Dick ,W., Dan Reiser, R.A. (1989). Planning Efective Instruction. Landon: Prentice-Hall.

Ee Ah Meng, (1997). Psikologi Pendidikan II. Selangor: Fajar Bakti Snd. Bhd.

Abdul Ghani Awang (1996). Kemahiran Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Rahim Selamat (1989). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Entreprise.

Apps, J.W. (1990). Study Skills For Today’s College Student. Madison: McGraw Hill.

Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Awang Had Salleh (1999). Wawancara Malaysia Hari Ini. TV3@mhi.com.my
Aziz Nordin (1991). Ke Arah Pembentukan Pusat Perawatan Pembelajaran. Jabatan Pendidikan Sains dan Teknik, Fakulti Sains UTM, Skudai.

Bell, M.E. (1972). Learning and Instruction: Theory Into Practice. New York: Macmillan Publishing Company.

Canfield, A.A. (1977). Learning Style Inventory Manual. Plymouth: Humanies Inc.
Carmen, R.A. dan Adams, W.R. (1984). Study Skill. Canada: John Wiley & Sons, Inc.

Dunn, R. dan Stevenson , J.M (1997). Teaching Diverse College Students To Study A Learning Style Prescription. College Student Journal, 31(3): 333-339.

Dunn, R. dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A Practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing.





Ee Ah Meng (1989). Pendidikan Di Malaysia: Untuk Guru Pelatih. K. Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.


Hargreave, D.J. (1996). “How Undergraduate Students Learn.” European Journal of Engineering Education, 21(4), 425-434.

Honey, P. dan Mumford, A. (1983). Using Your Learning Styles. Maidenhead: Peter Honey.

Toh Hon Leong (2000). Rahsia Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Sdn. Bhd.

Yahya Othman (2003). Mengajar Membaca, Teori & Aplikasi, Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Yee Mei Heong (2002). Pola Gaya Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik di Daerah Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan PSM. Tidak diterbitkan.


TALIAN SESAWANG

mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurlkkknalpapers/jurnal2005/nazjp2005.pdf
jpnperak.edu.my/portal/modules.php
www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/lourd/index.html
myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul/bcb9.


JURNAL
Ahmad Amiruddin (1999). Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar Dewasa Yang Meningkatkan Profesionalisme Di Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan PSM. Tidak diterbitkan.

Shaharom Noordin (1996). Pengajaran Individu Menggunakan Modul Pengajaran
Kendiri di Sekolah Menengah. Jurnal Akademik. 6. 1.13

Mohd Arif Abdul Rani (1995). Masalah Utama Yang Dihadapi Oleh Pelajar Tahun Tiga Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Di Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan PSM. Tidak diterbitkan.

No comments:

Post a Comment