Wednesday, November 3, 2010

Sejarah Perkembangan Nilai, Moral Dan Etika Dalam Pendidikan.

1.0     PENGENALAN

Setiap masyarakat menyedari kepentingan pendidikan dan pengamalan nilai-nilai
murni dalam sistem pendidikan negara. Sejarah membuktikan sejak zaman dahulu lagi ibu bapa, guru-guru dan ahli psikologi sentiasa melibatkan diri secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses pembelajaran pelajar. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai disiplin pelajaran. Pelbagai agama yang menjadi anutan masyarakat di dunia, khasnya agama Islam amat mementingkan pendidikan. Agama Islam mengingatkan umatnya berkenaan kepentingan pendidikan. Pendidikan perlu dimulakan seawal usia kanak-kanak atau bayi yang masih dalam kandungan. Dalam agama Islam, mencari ilmu merupakan satu perkara yang sangat dituntut sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:
Menuntut ilmu itu wajib ke atas muslimin dan muslimat
         
          Di samping memperolehi ilmu pengetahuan, proses pendidikan juga mampu melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri nilai murni yang baik dan juga terpuji. Pengamalan nilai-nilai murni ini seharusnya diterapkan sejak dari awal lagi untuk memastikan pembangunan insaniah berkembang dalam keadaan sempurna. Nilai-nilai murni ini juga merupakan aspek penting dalam

1
pembinaan sahsiah individu. Sesuatu bangsa akan hancur sekiranya masyarakat berada jauh daripada landasan Islam yang sebenarnya. Jika dilihat dari aspek sejarah, kegemilangan tamadun Islam yang dibina adalah bertunjangkan kerohanian yang mantap daripada umat yang terdahulu.

          Justeru, bagi membina sebuah daulah (negara) yang cemerlang maka pembentukan jati diri generasi muda dari awal usia remaja adalah penting. Dengan ini, nilai-nilai murni mestilah diterapkan dengan sempurna kepada generasi muda pada hari ini agar mereka tidak terus hanyut dengan kemodenan semata-mata tanpa mempunyai jati diri yang mantap dalam menghadapi arus globalisasi yang kian mencabar. Institusi pendidikan formal belum diserasikan serta dibudayakan dengan institusi bukan formal ke arah pembetukan warganegara cemerlang. Negara mungkin berjaya menghasilkan ramai pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tetapi kontang dengan nilai dan akhlak sosialnya (Izani, 1997).

          Oleh itu adalah wajar untuk menggabungkan antara pendidikan formal dan pendidikan tidak formal bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang benar-benar sempurna. Dalam usaha untuk mencapai matlamat negara bagi


2
merealisasikan wawasan 2020, maka aspek nilai-nilai murni tidak boleh dipisahkan atau diabaikan begitu sahaja. Nilai-nilai murni ini perlulah selari dengan aspek pembangunan negara dan menjadi asas dalam pembentukan masyarakat.

1.2     DEFINISI NILAI

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"  (Wan Mohd. Zahid, 1988)

          Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-
masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka

3
dapat menyesuaikan dan memeprsembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

          Raths, Harmin dan Simon(1980) mendefinisi nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. William A. Scott(1965) menyamakan nilai dengan moral unggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagai satu konsep individu tentang perhubungan yang unggul dan digunakan untuk menilai suatu kebaikan atau keburukan.

          Nilai juga merupakan satu ukuran yang standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai ialah kriteria bagi kita menimbangkan sesuatu benda (objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah atau sebaliknya dan terdapat tiga jenis nilai iaitu nilai-nilai estetika, nilai neutral dan nilai moral. Nilai moral ialah standard-standard, prinsip-prinsip yang mana kita gunakan untuk menghakim sama ada tujuan atau perlakuan wajar atau tidak. Dalam falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.

3
          Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989.        Matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih.

          Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak. Masyarakat adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPN yang dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat bersekolah. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan.

          Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif  dan jelaslah tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.
4
 1.3    DEFINISI MORAL

Moral secara bahasa berasal dari kata mores (latin) yang bererti adat kebiasaan. Dalam kamus moral diertikan sebagai penentuan baik dan buruk terhadap perbuatan dan kelakuan. Manakala dari segi istilah, moral merupakan istilah untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat, yang secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk.       Acuan moral adalah sistem nilai yang hidup dan diberlakukan dalam masyarakat. 

          Moral adalah tingkah laku manusia sejajar dengan ajaran, peraturan, adat dan agama yang ditetapkan oleh masyarakat. Ajaran, peraturan, adat dan agama ini menentukan bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia baik. Moral melibatkan manusia dan perhubungan manusia dengan alam, makhluk lain, manusia dan bukan manusia.    Manusia ang tidak memiliki moral disebut amoral ertinya dia tidak bermoral dan tidak memiliki nilai positif di mata manusia lainnya dan moral adalah hal mutlak yang harus dimiliki oleh manusia. Moral secara ekplisit adalah hal-hal yang berhubungan dengan proses sosialisasi individu tanpa moral manusia tidak boleh melakukan proses sosialisasi.

5
          Moral dalam zaman sekarang mempunyai nilai implisit kerana banyak orang yang mempunyai moral atau sikap amoral itu dari sudut pandang yang sempit. Moral itu sifat dasar yang diajarkan di sekolah-sekolah dan manusia harus mempunyai moral jika ia ingin dihormati oleh sesamanya. Moral adalah nilai mutlak dalam kehidupan bermasyarakat secara utuh. Penilaian terhadap moral diukur dari kebudayaan masyarakat setempat. Moral adalah perbuatan/tingkah laku/ucapan seseorang dalam berinteraksi dengan manusia. Apabila yang dilakukan seseorang itu sesuai dengan nilai rasa yang berlaku di masyarakat tersebut dan dapat diterima serta menyenangkan lingkungan masyarakatnya, maka orang itu dinilai mempunyai moral yang baik, begitu juga sebaliknya.Moral adalah produk dari budaya dan Agama.

1.4     DEFINISI ETIKA

Etika secara bahasa etika berasal dari bahasa Yunani; ethos; yang berarti watak kesusilaan atau adat. Etika dalam kamus dirujuk sebagai ilmu pengetahuan tentang asas-asas akhlak. Menurut istilah etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk dan menerangkan apa yang seharusnya dilakukan manusia (Ahmad Amin). Konsep etika bersifat humanistis dan anthropocentris, kerana ia berdasarkan pada pemikiran manusia dan diarahkan pada perbuatan

6
manusia. Dengan kata lain etika adalah aturan yang dihasilkan oleh akal manusia. Komponen yang terdapat dalam etika meliputi 4  perkaran iaitu Objek yang merujuk kepada perbuatan manusia, Sumber yang  berasal dari fikiran dan falsafah , Fungsi sebagai penilai perbuatan manusia dan Sifat yang berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman.   Etika adalah falsafah tingkah laku. Etika didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang dengan mematuhi nilai-nilai moral.

           Kenyataan etika akan dapat menerangkan sesuatu perbuatan itu betul atau salah, atau perbuatan yang sejenis dengannya betul atau salah; ia mampu menyediakan garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan mengenai perbuatan atau kecenderungan seseorang; atau sekurang-kurangnya ia dapat memajukan garis panduan yang dengannya boleh dibuat berbagai-bagai pertimbangan moral

          J.L. Mackie mendefinisikan etika sebagai "disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang." A.R. Licey dan W.L. Reese menyatakan  etika sebagai "kegiatan aktiviti praktikal yang

7
melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti."Dalam bidang falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Secara am, apabila kita mengatakan seseorang itu sebagai bermoral atau tidak bermoral, ia bermaksud sama ada orang itu baik atau tidak. Apabila kita merujuk kepada tindakan manusia sebagai bermoral atau tidak, ini bererti tindakan itu adalah sama ada betul atau salah.

           Dalam falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang tertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Apabila kita mengatakan seseorang itu sebagai bermoral atau tidak bermoral, maksudnya ialah orang itu adalah orang yang baik atau tidak baik.Apabila kita merujuk kepada tindakan manusia sebagi bermoral atau tidak bermoral, maksudnya ialah tindakan itu adalah betul atau salah.






8
2.0     PERBINCANGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NILAI, MORAL           DAN ETIKA DALAM PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal agar pendidikan di negara ini menumpukan kepada perkembangan individu yang menitik beratkan aspek keseimbangan dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah secara bersepadu. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

           Ee Ah Meng (1988) dalam bukunya menyatakan pendidikan hendaklah dapat membina kesedaran tentang ketuhanan dan kesediaan untuk memahaminya. Oleh itu dengan penerapan nilai-nilai murni ini akan menjadikan sistem pendidikan negara benar-benar efektif. Bagi melahirkan generasi pelajar yang bertanggungjawab serta memiliki sifat-sifatyang mulia, pengamalan nilai-nilai murni perlu disisipkan melalui semua mata pelajaran. Ini bermakna guru dikehendaki menerapkan pengetahuan nilai-nilai murni di dalam mata pelajaran yang mereka ajar.

         
9
          KBSM mula diperkenalkan pada tahun 1988 yang mana ia lebih menitik beratkan pengamalan nilai-nilai murni dalam pembelajaran agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992). Sekolah juga sebagai satu institusi masyarakat yang mementingkan perkembangan dan perubahan tingkahlaku murid-murid mengikut arah dan kehendak masyarakat. Justeru itu, ia memainkan peranan untuk mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik seperti berbudi bahasa, sopan santun dan bersifat hormat-menghormati. Akan tetapi pada masa kini masyarakat dilanda perubahan sosial yang pesat dalam zaman perindustrian dan teknologi (Wan Mohd. Zahid, 1993).

           Oleh itu, pendidikan di sekolah juga memainkan peranan sebagai egen memodenkan masyarakat dalam semua bidang. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan murid serta membawa pembaharuan semasa yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah seseorang individu. Pendidikan di sekolah merupakan contoh pendidikan formal. Disinilah pelajar-pelajar dididik dan diajar untuk menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berdisiplin.

         
10
          Nilai-nilai murni sememangnya diterapkan dalam pendidikan di sekolah dan terdapat dalam sukatan mata pelajaran. Nilai-nilai murni adalah kompenan bersepadu terpenting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Ia perlu disepadukan ke dalam setiap mata pelajaran pendidikan Islam dan moral. Nilai-nilai murni adalah berteraskan nilai-nilai kerohanian iaitu baik hati, berhemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, adil, kebersihan fizikal dan mental, jujur, rajin, bekerjasama, bersemangat kemasyarakatan, sederhana, bersyukur dan berdikari (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992).

          Semua ini merangkumi nilai-nilai kemanusiaan dan kewarganegaraan yang perlu dihayati. Soal moral dan etika juga turut merupakan cabaran yang tidak dapat dielakkan kehadirannya bersama kemajuan yang dicari. Menjadi negara maju tidak sepatutnya membuat negara terlupa soal moral dan etika yang merupakan benteng pertahanan kepada identiti kebangsaan yang dikongsi oleh semua pihak(Taaherah & et al, 1994).

          Untuk kepentingan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja dilihat dari segi Dalam apa jua proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sebagai agen perantaraan ilmu. Dengan itu,


11
dalam proses menerapkan nilai-nilai Islam, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh semua pelajar. Dalam hal ini, Mohd Komel (1988) menjelaskan bahawa contoh tauladan para pendidik inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Merekalah yang seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak yang mulia walaupun masyarakat kurang menghargai golongan yang berbudi luhur ini.

          Menurut Taaherah et al (1994), guru seharusnya dapat mengintegrasikan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajarnya. Ini akan memperkuatkan moral dan pegangan para pelajar dan menghalang pertumbuhan fahaman ateistik, materialistik sekularisme. Manakala dari aspek sahsiah pula, pelajar-pelajar perlu dibentuk menjadi individu yang serius dalam setiap usaha kreatif, inovatif, produktif dan berdisiplin. Mereka juga merupakan individu yang berkeyakinan diri, berdaya saing dan menghayati idealisme. Ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya, cemerlang dan seterusnya membina manusia yang ‘berbuat sendiri’ ataupun ‘self actualize person’. Para pelajar juga perlu mempunyai nilai ketaatan kepada negara yang tinggi di samping memiliki aspek kesihatan mental dan fizikal yang berkualiti (Taaherah et al, 1994).

           

12
            Justeru itu, setiap pelajar perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menghubungkan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari dengan kehidupan seharian. Para pelajar hendaklah memahami dan menghayati tanggungjawab mereka sebagai pelajar yang bermatlamatkan menuntut ilmu dengan penuh disiplin di samping membina akhlak yang mulia dan terpuji (Kamarudin, 1991). Bagi memastikan nilai-nilai murni ini dikuasai oleh pelajar, maka objektif tentang penguasaan nilai ini telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah. Umpamanya dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Salah satu daripada objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menghayati nilai-nilai yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat dan negara.

          Berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kohlberg (1988) yang menyatakan bahawa pengajaran nilai merupakan tanggungjawab bagi membantu murid-murid melalui peringkat perkembangan pemikiran moral. Ini bermakna pengajaran nilai di sekolah bertujuan untuk membimbing pelajar mencapai satu peringkat pemikiran dan kesedaran yang tinggi. Kohlberg juga menekankan pendidikan nilai berkait rapat dengan perkembangan personaliti pelajar. Manakala latihan kemahiran dilakukan secara bersepadu dapat memperkembangkan diri pelajar dalam aspek emosi, rohani dan jasmani bagi melahirkan pelajar beretika dan berfikiran matang.
13

          Pada hakikatnya, nilai murni dan kemahiran adalah merupakan satu elemen pengajaran dan pembelajaran yang paling penting serta saling berkaitan untuk membina masa depan pelajar yang lebih baik. Pelajar-pelajar di sekolah merupakan aset yang penting bagi sesebuah negara. Mereka merupakan tenaga muda yang bakal menjadi harapan negara untuk memimpin
generasi akan datang, penyambung budaya, penggerak kemajuan dan pelopor
pembangunan bagi sesebuah masyarakat. Pengamalan nilai-nilai murni penting kepada setiap pelajar agar mereka dapat menghubungkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan kesedaran berilmu.

3.0     RUMUSAN

Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral.Moral terbahagi kepada dua iaitu Baik yang disifatkan sebagai segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik dan  Buruk iaitu tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai buruk. Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu. Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi
14

membantu menilai tingkahlaku seseorang Akhlak dalam Islam menjadi penghubung yang erat dengan fenomena keimanan seseorang Islam.

          Selain itu, matlamat KBSM telah diselaraskan dengan rangka konsepsi kurikulum yang berfokus kepada melahirkan Model Insan Menyeluruh dalam ketiga-tiga dimensi moral, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Dari segi psikologi moral, perkembangan watak dalam tiga dimensi moral iaitu, pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral merupakan unsur penting dalan rangka konsepsi

          Falsafah moral memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian dan idea mengenai tindakan yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam hidupnya serta dalam hubungan dengan orang lain. Manakala psikologi moral meluaskan kefahaman kita tentang tingkah laku dan perkembangan kapasiti manusia (sama ada dari segi kognitif atau afektif) dalam membuat pertimbangan moral dan bertindak sebagai agen moral yang bertanggungjawab. (Chang Lee Hoon, 2000, hlm. 2)

            Dimensi kedua pula memberi penekanan kepada aspek emosi, iaitu perasaan moral. Perasaan moral merujuk kepada perasaan yang `betul’ serta
15
melibatkan kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004). Pelajar sepatutnya dapat menyatakan perasaan mereka sama ada simpati, empati, kecewa, marah dan sebagainya ketika menjelaskan pandangan mereka terhadap isu-isu moral.

          Tingkah laku moral pula adalah dimensi ketiga dalam rangka konsep KBSM Pelajar yang telah diberi peluang mengulas sesuatu isu atau situasi moral sepatutnya diberi peluang untuk merancang atau mencadangkan langkah-langkah tertentu sebagai jalan penyelesaian kepada sesuatu isu. Dimensi ketiga ini membolehkan pelajar menunjukkan komitmen mereka secara fizikal sebagai manifestasi daripada hasil pemikiran dan perasaan moral.

          Guru berkualiti adalah, guru-guru yang bersifat positif seperti mempunyai arah tuju yang jelas, pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, kreatif, panjang akal, bermotivasi, berminat mengajar, mempunyai kecekapan dan kemahiran dalam mata pelajaran, berempati, bermoral dan sebagainya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996: hlm. 7.Guru dianggap sebagai agen moral yang bertanggungjawab membantu para pelajar dengan


16
nilai kasih sayang dan menjalin hubungan sosial yang akrab. Ini kerana mereka kadang-kadang membesar dalam suasana keluarga dan masyarakat yang berkecamuk dan mengelirukan terutama dari segi perkembangan moral. Jika seseorang guru mempunyai sikap yang negatif, ia akan mempengaruhi perkembangan moral para pelajar (Ab. Halim Tamuri, 2007).

          Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem tersebut menumpukan kepada pembangunan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi (Abdullah Ahmad Badawi, 2006). Pembangunan modal insan memerlukan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu menjadi tenaga kerja terlatih dan berdaya saing di dalam negara dan di peringkat antarabangsa selaras dengan Wawasan 2020.

          Menurut Fraenkel (1977), dilema moral atau konflik moral adalah situasi di mana seseorang yang berdepan dengan dua atau lebih pilihan untuk menentukan tindakannya mengikut kesesuaian. Dalam menghadapi dilema moral, seseorang perlulah membuat penaakulan moral, iaitu proses bagaimana seseorang individu memperkembang kebolehan membuat keputusan moral yang matang dan tersendiri dalam sesuatu isu atau situasi moral.

17
BIBLIOGRAFI


Abdul Rahim Tahir (2001). Ke arah pembangunan profesionalisme keguruan. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan 2001 di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan.

Abdul Rahman Md. Aroff (1986). Pengenalan pendidikan moral: Siri pendidikan fajar bakti. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Abdul Rahman Md. Aroff., & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Abd. Rafie Mahat (2001). Pendidikan moral dalam dunia globalisasi: Ke arah masa depan di Malaysia. Ucap utama dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Moral Dalam Dunia Globalisasi, di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, 23 Mei 2001.

Ab. Halim Tamuri (2007). Islamic education teachers’ perceptions of the akhlaq in Malaysian secondary schools. Journal of Moral Education, 36 (3), hlm. 371.

Adler, P.A., & Adler, P. (1998). Observational techniques . Dalam N. K. Denzin dan Y.Lincoln (Eds.). Collecting and interpreting qualitative material. Thousand Oaks CA: Sage Publications. hlm. 79-109.

Aini Hassan (1996). A study of Malaysian history teachers’ subject matter and
pedagogical content knowledge. Tesis Ed.D yang tidak diterbitkan. Monash
University, Australia.

Aini Hassan (2001). Pelbagai kaedah pengutipan dan penganalisisan data pengetahuan guru. Dalam Marohaini Yusoff (Ed.), Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Anderson, C. W. (1989). The role of education in the academic disciplines in teacher preparation. Dalam A. E. Woolfolk (Ed.), Research perspectives on the graduate preparation of teacher. Englewood Califfs, NJ: Prentice Hall.
Anderson, G. (1998). Fundementals of educational research (2nd edition). London:Falmer Press.

Berk, E. L. (1989). Child development. Boston: Allyn & Bacon.

Downey, M., & Kelly, A. W. (1978). Moral education theory and practice. London: Harper & Row Publisher.

Ee Ah Meng. (1988) Pendidikan moral untuk bakal guru. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd.

Muhammad Hamidullah. (1981). Introduction to Islam. Singapore: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

http://www.islamhadhari.net/v4/ prinsip/index.php
http://www.islamhadhari.net/ v4/ prinsip. Seminar.
http://www.moe.gov.my/pusat jab pdf/2006/pipp

No comments:

Post a Comment