Friday, November 5, 2010

CONTOH KERTAS KERJA

Sekarang, disebabkan NKRA dan KPI..setiap program perlu kertas kerja, post mortem dan laporan impak. Moga apa yang saya lampirkan disini dapt digunapakai untuk masa akan datang.
KERTAS CADANGAN

PEROLEHAN PERKAKASAN KOMPUTER RIBA, LCD, SKRIN  DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN BAGI KEGUNAAN KHUTBAH MULTIMEDIA DI SEMUA MASJID KERAJAAN DAN TERPILIH NEGERI TERENGGANU


1   TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri bagi perolehan perkakasan komputer Riba, LCD, Skrin dan Peralatan yang berkaitan bagi kegunaan khutbah multimedia di semua Masjid Kerajaan dan Terpilih Negeri Terengganu bagi Tahun 2006. Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM 1,580,280.00 termasuk kursus dan bengkel yang berkaitan pengendalian dan penggunaan Khutbah multimedia.


2.         LATARBELAKANG  .          

2.1.        Mendengar khutbah adalah kemestian dan syarat sah serta kemuncak kepada solat Jumaat. Sekiranya jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan baik, bercakap-cakap atau bergurau, dia tidak dapat menerima apa yang disampaikan oleh khatib. Lebih malang lagi, solat Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak sempurna, langsung tidak mendapat pahala.

2.2.        Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengorak langkah kedepan dengan menyediakan paparan isi teks khutbah dalam bentuk multimedia yang pertama di Malaysia. Teknik baru ini bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat dan multimedia. Justeru itu gabungan dua elemen media pendengaran ( Teks khutbah dibaca oleh khatib) dan elemen visual ( paparan slide ) menjadikan penyampaian khutbah menjadi lebih efisen dan dapat menarik perhatian jemaah untuk menghayati khutbah.

2.3.        Secara tradisional penyampaian khutbah hanya cukup sekadar menerangkannya secara lisan, masyarakat kini perlu didedahkan dengan minda teknologi. Islam sendiri mementingkan pembaharuan atau pemodenan tanpa mengetepikan tuntutan dan landasan agama. Penyampaian khutbah Jumaat melalui evolusi  baru ini akan dapat menambah rencah bagi menarik minat jemaah. Pendekatan khutbah multimedia adalah sebahagian usaha pentadbiran Agama Negeri melaksanakan konsep Islam Hadhari, Terengganu Bestari.

3.         OBJEKTIF

            3.1.      Melaksanakan pengurusan pentadbiran masjid yang lebih kemas dan efisien.
            3.2.      Menambahkan lagi kemahiran dalam bidang penggunaan komputer.
            3.3.      Meluaskan peranan Masjid melalui penggunaan system yang sistematik.
3.4.      Meningkatkan mutu perkhidmatan masjid dan ia bakal menaikkan imej masjid menjadi satu institusi yang lebih disegani.
3.5       Mendedahkan masyarakat kepada minda teknolgi.

 4.         JUSTIFIKASI CADANGAN PEROLEHAN PERKAKASAN

4.1.        Khutbah multimedia disampaikan oleh khatib bertugas dan seorang petugas mengendalikan komputer Riba.
4.2.        Paparan Slaid dihasilkan menggunakan program Powerpoint.
4.3.        Slaid dipancar ke layar menggunakan LCD dan Skrin pada dinding.
4.4.        TV Plasma digunakan untuk kemudahan ahli Jumaat di Saf hadapan.


5.         CADANGAN PEROLEHAN DAN ANGGARAN PERUNTUKAN

5.1.        Bagi memperlengkapkan Program Khutbah Multimedia di semua Masjid Kerajaan dan Masjid Terpilih bagi perolehan perkakasan Komputer tahun 2006 adalah seperti berikut :-


BIL
PERKAKASAN
BILANGAN UNIT
ANGGARAN HARGA SEUNIT (RM)
ANGGARAN KOS (RM)
1
Komputer riba
52
3,800.00
197.600.00
2
LCD Projektor
104
9,700.00
1,008,800.00
3
Plasma TV 42”
3
14,000.00
42,000.00
4
Layar
104
1,600.00
166,400.00
5
Cable
104
600.00
62,400.00
6
Braket
104
800.00
83,200.00

JUMLAH


1,560,400.00


5.2.      Peruntukan ini dicadangkan disalurkan melalui peruntukan Kerajaan Negeri.


6.            KURSUS DAN BENGKEL

Memandangkan program khutbah multimedia akan melibatkan sebilangan besar pegawai dan kakitangan masjid yang terpilih, maka keperluan kursus penghasilan teks khutbah multimedia dan bengkel pengendalian peralatan perlu dibuat bagi membolehkan mereka mahir dalam mengendalikan peralatan tersebut dengan baik.

Adalah dicadangkan kursus dan bengkel tersebut akan dilaksanakan mengikut daerah masing-masing. Bagi permulaan, tahun 2006 dicadangkan sebanyak 13 siri bengkel akan dilaksanakan bagi tujuh daerah.

 
6.1          Implikasi Kewangan
           
6.1.1    Perkakasan                                                          =  RM 1,560,400.00

6.1.2    Bengkel Penggunaan peralatan

Penceramah   :RM120.00 x 6 jam x 13 siri                        =  RM 9,360.00
Fasilitator         :RM  80.00 x 6 jam x 13 siri                      =  RM 6,240.00
Makan/Minum :RM15.00 x 20 orang x 1hari x 13 siri    =  RM 3,900.00
Urusetia           :RM30.00 x   1 orang x 1 hari x13 siri     =  RM   380.00
                                               
                                                                        Jumlah      =  RM 19,880.00

      Jumlah Besar                 

KOS PERKAKASAN + KOS BENGKEL                            = RM 1,580,280.00



7.         JAWATANKUASA KURSUS/BENGKEL

1.         KPP Pentadbiran dan Kewangan
2.         KPP Dakwah
3.         PP Pembangunan
4.         Pegawai ICT JHEAT
5.         Pegawai Agama Daerah

8.         PENUTUP

Memandangkan kepada perkembangan dan pengetahuan di zaman yang serba maju ini, peralatan yang canggih amat diperlukan bagi melakukan sesuatu kerja/pengurusan sama ada dalam mengurus dan mendapat maklumat secara elektronik. Adalah diharapkan pentadbiran dan perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu akan lebih cekap dan produktif demi memartabatkan agensi-agensi yang berkaitan dengan agama. Di samping menonjolkan kecekapan, ia juga dapat menunjukkan kepada umum bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk mengejar kemajuan dan teknologi tetapi semestinya dengan cara dan pendekatan secara Islam. Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu memohon peruntukan sebanyak RM 1,580,280.00 ( Satu Juta Lima Ratus Lapan Puluh Ribu Dua Ratus Lapan Puluh ) bagi membeli dan melengkapkan peralatan komputer Riba LCD, Skrin dan peralatan yang berkaitan dengannya bagi Khutbah Multimedia.



LAMPIRAN








 Terima kasih pada  laman sesawang ini....






16 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  2. terima kasih daun keladi.....sangat membantu ...

    ReplyDelete
  3. maafkan saya. ini kertas kerja atau kertas cadangan?

    ReplyDelete
  4. SAYA MOHON KEBENARAN UNTUK C&P YA. TQ

    ReplyDelete
  5. SAYA MOHON KEBENARAN UNTUK C&P YA. TQ

    ReplyDelete
  6. SAYA MOHON KEBENARAN UNTUK C&P YA. TQ

    ReplyDelete
  7. Terima kasih..Saya mohon izin buat rujukan ya.

    ReplyDelete
  8. Mohon kebenaran untuk buat copy sikit yaa :) terima kasih puan..

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian ini. mohon C&P ya zawinaida..

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian dan mohon kebenaran untuk copy.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian dan mohon kebenaran untuk copy

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian dan mohon kebenaran untuk copy

    ReplyDelete
  13. SAYA MOHON C&P UTK RUJUKAN. TQ

    ReplyDelete